CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya yang tersakiti, siapa ajar minta maaf melalui telefon boleh selesai?"-Drama Imran Bard dan Elly Suriati belum habis

14-4-2025 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1778| Komen: 19|Original author: Raline

ely.PNG

‘Duit dia tak ada nilai pada saya. Yang paling bernilai adalah keikhlasan hati’.

Demikian luahan dramatis, Ellie Suriaty mengenai isu kontroversi melibatkan dirinya dan pempengaruh, Imran Bard.

Menerusi temu bual bersama program Melodi, Ellie mengaku, dia adalah individu yang tersakiti dalam isu ini terutamanya apabila Imran masih tidak membuat permohonan maaf secara bersemuka.



Menurutnya, seseorang yang sudah menzalimi orang lain haruslah berani tampil dan memohon maaf dengan ikhlas.

“Saya yang tersakiti. Itu saya kata, siapa yang ajar kita untuk minta maaf melalui telefon boleh selesai. Sebab seseorang yang sudah menzalimi orang lain, dia kena minta maaf dengan kita ikhlas. Termasuk, tolonglah turun posting yang mengaib dan merosakkan nama baik saya.



“Macam saya kata, saya tak nak duit dia. Duit dia tak ada nilai pada saya. Yang paling bernilai adalah keikhlasan hati,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon filem Telaga Suriram ini juga menegaskan, pintu kemaafan masih terbuka buat pempengaruh itu.

“Apabila kita bersalah, berdosa, menzalimi seseorang kenalah minta pada hamba Allah itu dengan ikhlas dan tulus mengatakan minta maaf. Itu nilai kemaafan pada saya. Bila kita mati tak adalah kena merangkak dekat padang masyar.



“Selagi saya bernyawa datanglah minta maaf. Tetapi ada tempoh hadnya. Akan ada satu masa pintu kemaafan ditutuplah.

“Sebab bagi saya duit dia memang tak ada nilai. Saya tak nak duit dia. Money is not everything but, money is so everything bila kita ikhlas dalam pekerjaan kita dan dalam persahabatan dan perhubungan dan persaudaraan,” jelasnya.

Sumber: XTRA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 12-4-2025 10:42 AM
Ib ni produk gen Z yang biadab n sombong...Nasib muka mcm cekodok basi je..klu herlok tak tau mcm mana mendabik dada dia pergi nnt
Quote Alvida 12-4-2025 02:00 PM
Dua2 berlagak dan hodoh
Quote limesherbet 12-4-2025 02:09 PM
Dari beg for it, baik la pergi umrah beg for HIS forgiveness kak oi. Meroyan sampai kiamat. Muhasabah diri.
Quote limesherbet 12-4-2025 02:12 PM
Dah tgk kau meroyan mcm tu, takde siapa la berani f2f ngan kau....org pun takut tgk ko tingtong camni
Quote Manusiabesa 12-4-2025 03:03 PM
limesherbet replied at 12-4-2025 02:12 PM
Dah tgk kau meroyan mcm tu, takde siapa la berani f2f ngan kau....org pun takut tgk ko tingtong camn ...

Amboi xkn budak imran tu reti takot plk kalini? Klu x before ni dia reti ja lantang buat kontent kt tt tu ha? Kalini reti takut tersembab kepala kotey masuk dlm perut ????
Dh la odoh kurang ajar pulak. Mendapat la . Biau elly ajor smpai melutut kt kaki elly. Rasakan azab jd budak kurang ajar
Quote awenda507 12-4-2025 05:33 PM
Itulah IB, kan dh kena. Baru betul buku bertemu ruas
Quote arffa 13-4-2025 09:41 AM
Ah serabut la ko ni. Overacting baik berlakon atau real life. Kalau aku pun dah minta maaf bising lagi aku who are you kan je.
Quote lanacondor 13-4-2025 02:02 PM
Aku sokong je apa Elly buat. Kurang2 ni je cara ajar budak2 jgn biadap.
Quote sleepandream 13-4-2025 03:09 PM
saman jelahhh... nak tunggu apa je? ko takde life ke nak melayan bbnu 2 alam ni? retis lain org buat parody pun tak kowser nak take serious. tu ha diva AA siap pakej carut lagi semua tau heshe gila
Quote matbad 14-4-2025 09:04 AM
sleepandream: saman jelahhh... nak tunggu ap ...

Tepikir plak mcm mna kalau Diva AA maki hamun kak elly ni..xtau la apa dia nk merempan..pnjng betoi drama dia dlm kes ni
Quote Prickford 14-4-2025 09:08 AM
Aku gaduh besar laki bini pon, sesimple mesej wasap, "i'm sorry for everything", cukup dah lembutkan hati masing2. Lain mcm Elly ni. Si Memerang pon makin ke dalam la telornya. Tu pon kalau ada telor la.
Quote 3chanceno 14-4-2025 09:08 AM
Puan Ely saman je lah..letih doh asyik up cerita nie je. Dah kasi deadline untuk dia turunksn posting & mintak maaf, kalau tak buat jugak, saman je.
Quote acikonion 14-4-2025 11:19 AM
Udah2 ler.. Jmpa & settle senyap2. Yg sorg dh nk mnta maaf tp yg sorg lg x nak budak tu mnta maaf tertutup. Kalo dh budak tu x ikut... Saman je la. Proceed je.
Quote Burong_Hantuk 14-4-2025 12:33 PM
IB ni rude gila..x padan dgn muka
Quote seri_mawr 14-4-2025 12:48 PM
L.U.S.M replied at 12-4-2025 10:42 AM
Ib ni produk gen Z yang biadab n sombong...Nasib muka mcm cekodok basi je..klu herlok tak tau mcm ma ...

setuju...
kena bku dgn ruas kali ni...pendapat laa....
Quote sweetfasha 14-4-2025 01:06 PM
dah tahu gen z tu macam tu.. tak payah cakap banyak. kalau rasa nk saman, saman je.. rasa nk hantar LOD hantar je.. jangan gertak gertak.. tak ditakutnya bebudak skrg..
Quote Nizleen86 14-4-2025 06:57 PM
Edited by Nizleen86 at 14-4-2025 06:59 PM

Gen Z mmg biadap gila. Mmg masalah sbb diorang banyak on soc med. Bila kita gertak mmg tak berani ye terus delete. Setakat sembang dlm socmed berani la. Soc med  banyak bahananya. Mintak2 anak2 iols gen alpha patah balik mcm kita dulu. Beradab sikit, berakal, tak kurang ajar & jgn asik control lawa / hensem je padahal muka debu bertepung bila tepuk satu KL berjerebu.  
Quote lightheaded67 15-4-2025 08:41 AM
kena getah
Quote Gianna111 15-4-2025 09:00 AM
kata kan la apa sahaja. i tetap rasa elok lah IB kena. melampau gurauan tak kena tempat.dia fikir semua orang boleh buat bahan content?tak kisah la ES lawa ke over react ka. kalau i pun i proceed saman.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038530 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top