![]()
JAKARTA – Berpuluh-puluh orang di wilayah Jawa Barat, Indonesia sanggup beratur di luar kedai emas yang masih belum dibuka untuk membeli jongkong emas, lapor portal berita Rmol semalam. Kejadian berlaku di Pusat Beli-belah Cibinong City dekat Bogor baru-baru ini. Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mbsgold_27 memaparkan orang ramai berlari untuk mendapatkan nombor giliran sebaik sahaja kedai itu dibuka. Meskipun ramai, mereka tetap sabar menunggu dan beratur. Pembelian itu berlaku disebabkan harga emas yang melonjak naik. Direktor Eksekutif Pusat Pengajian Ekonomi dan Undang-undang (Celios), Bhima Yudhistira berkata, fenomena itu mencerminkan kebimbangan masyarakat terhadap ekonomi negara.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. “Rakyat Indonesia yang dikatakan miskin, sebaliknya borong emas,” kata seorang netizen. “Ini pembelian panik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI |
“Rakyat Indonesia yang dikatakan miskin, sebaliknya borong emas,” kata seorang netizen.
allshares replied at 14-4-2025 11:56 PM
Time harga naik Kome beli, time harga turun Kome watlekwatpis. Fomo is real.
Bdway, Ade tak yg tau ...
ilacantik replied at 15-4-2025 06:09 PM
Emas kat indonesia tertalu banyak gred. Ada emas muda, ada emas tua.
Kalau emas muda 6k,9k (biasa ...
ADVERTISEMENT