CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pembedahan bariatrik bantu Ieda Moin hindari kanser pankreas

20-4-2025 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1487| Komen: 7|Original author: tatod

1000018501.jpg



Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Ieda Moin bersyukur berjaya mengesan tanda awal penyakit kanser pankreas apabila membuat keputusan melakukan pembedahan bariatrik pada Mei tahun lalu.


Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 46, menjalani pembedahan terbabit di sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang pada Mei tahun lalu.




"Saya berani buat prosedur ini kerana mahu mengawal penyakit diabetes, darah tinggi dan kolestrol dihidapi. Saya makan ubat untuk penyakit tiga serangkai ini sejak usia 27 tahun lagi.

"Namun sebelum buat pembedahan itu, doktor buat 'fully blood test' (pemeriksaan menyeluruh) untuk tahu keputusan penyakit tiga serangkai itu.


"Bagaimanapun doktor kesan risiko untuk saya dapat kanser pankreas agak tinggi dan dikategorikan 'early stage' (peringkat awal) kanser pankreas," katanya kepada Harian Metro.

Ieda berkata, bacaan pankreasnya terlalu tinggi yang berkemungkinan mendapat penyakit yang digeruni ini.

"Kalau katalah saya tak buat bariatrik dan tak tahu, benda itu lama-lama akan merebak jadi kanser tahap satu, dua dan seterusnya tiga. "Maksudnya dengan cara 'fully blood test' ini saya dapat kesan awal yang saya bakal kena kanser pankreas Jadi saya terus minta doktor segerakan pembedahan 'sleeve bariatric' itu untuk cegah kanser. Jadi doktor dah bersihkan semuanya.


"Alhamdulillah... semua dah tiada dan saya sekarang kena jaga pemakanan dan gaya hidup. Penyakit tiga serangkai semua dah normal dan tak perlu makan ubat lagi," katanya.

Ieda masih aktif berlakon dan baru tampil membintangi drama Sekam Didada untuk slot Samarinda yang baru selesai tayangan di TV3. Lakonannya juga dapat ditonton menerusi drama Seribu Tahun yang turut membariskan Azhan Rani, Noorkhiriah dan Emma Maembong yang kini ditayangkan di Astro Ria. - Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 20-4-2025 01:29 AM
Acik ada sorg kwn nk ptg usus juga sbb nk kurus. Tp dia mmg dr zaman kanak2 smpi zaman remaja smpi la skg ni mmg badan beso. Dia diet pun tetap la chubby.
Quote ina_na 20-4-2025 02:32 AM
Kwn iolss dia kn potong usus sbb eksident..dah hampir 10 thn,dia citer ms awal2 potong tu mmg boleh maintain,tp lama2 usus kita ni panjang balik ikut original yg Allah jdkan.. sudahnye skrg ni melebau2 ye bdn dia...
Quote slyfynx 20-4-2025 04:12 AM
Tibe sbb kanser pankreas lak.
Ckp je la nk kurus.
Quote nazzse 20-4-2025 06:45 AM
Reverse diabetes..

Tak payah bagi statement berjela. Bila dah potong perut tu tau dah sbb utamanya apa klu retis ni
Quote noor2 20-4-2025 06:57 AM
Kalau ko jaga makan x melantak bnyk x denya ko gemok...ni makan mentekedarah...musim raya ni mesti lagi kuat melantak..
Quote noor2 20-4-2025 06:58 AM
Orang gemok ni mmg pemalas..pemalas jaga badan , pemalas exercise...nk mudah je buat bariatric..pastu bg macam2 alasan..
Quote bluebutter 20-4-2025 12:43 PM
Kurus drastic cam ni nampak tak sihat Dan tak lawa, nampak kusam, lain if kurus berdikit dikit like senam, jaga makan, minum air kosong banyak, rest cukup mean tidur elok elok ikut jam, jaga stress level.
Ayohhh kita semua sihat sama sama!.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.145619 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top