CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Nak Musnahkan Rumah Tangga Saya” – Wanita Berniqab ‘Tergilakan’ Azlan Komeng

9-5-2025 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1318| Komen: 20|Original author: Raline


komeee-1536x989.png


Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga  Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz apabila muncul wanita berniqab dikatakan kekasih baru pelakon berkenaan.

Memetik mStar Online, Azlan berkata mendakwa wanita berniqab dikenali sebagai Maizila Aini  menggunakan ilmu hitam bertujuan mahu merosakkan perkahwinannya bersama Nilam.

Malah, Azlan berkata dia sudah membuat laporan polis terhadap wanita itu atas perbuatan yang dilakukan terhadap isterinya. Malah, selepas ‘barang’ yang digunakan itu diambil, wanita tersebut seperti tidak tentu arah.

“Saya sebenarnya sudah tangkap sesuatu yang pihak itu ada guna unsur yang tidak baik. Saya jelas dan pasti yang niat dia tiada lain, dia mahu musnahkan Nilam dan rumah tangga saya. Dia nak musnahkan itu semua sebab dendam.

“Sekarang ini saya sudah buat laporan kepada polis terhadap perbuatan dia terhadap Nilam. Jadi sekarang ini bila saya tahu dan ambil ‘barang tersebut’ dia jadi tidak tentu arah,” katanya.

Sementara itu, Azlan berkata dia mengenali wanita itu sebelum berkahwin dengan Nilam dan mengikut rentak wanita tersebut untuk melihat sejauh mana permainannya.

Tambah Azlan lagi, dia terpaksa merahsiakan perkara itu dari Nilam kerana isterinya suka berkongsikan di media sosial.

Dalam pada itu, Azlan turut meminta wanita tersebut agar tidak melakukan perkara khurafat serta sama sekali tidak akan mendirikan rumah tangga bersama Maizila.

SUMBER: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izat123 9-5-2025 12:16 PM
Hahaha couple b40 rempit ni asal keluar cerita mesti ada unsur unsur sinetron Indo. Kejap curang lah, kejap bagi kahwin banyak lah, kejap eksiden terlantar wife dia jaga, lepastu kena sihir pula. Macam selang 5-6 bulan ada je isu padahal produk lakonan dia satu haram orang tak ingat pun. At this rate penat juga diorang nak rangka isu untuk kekal relevan.
Quote sukacactus 9-5-2025 01:19 PM
Korang buat skrip drama ke ni?
Quote Dolmat 9-5-2025 10:36 PM
SINETRON REMPITS TUA...

Quote nutcrack8 9-5-2025 11:02 PM
Ade pulakk org kesah?
Quote rastaf 10-5-2025 12:12 AM
laku juga abang azlan..den juga la tak laku2
Quote tumpanglalu74 10-5-2025 01:01 AM
Edited by tumpanglalu74 at 10-5-2025 01:02 AM

Abang.. pandang je la cermin tu cukop abang oii.  Mana la ade pompuan yang nak tergile2kan hang.  Jatuh martabat pompuan ko buat..  Insaf la bang.  Solat dah cukop 5 waktu ke??

Takyah sebut Edry, Yusry..  Norman tu pon aku pecaye la jugak lagi ade orang nak minat.  Dari makhlok macam ko..
Quote sleepandream 10-5-2025 01:50 AM
izat123 replied at 9-5-2025 12:16 PM
Hahaha couple b40 rempit ni asal keluar cerita mesti ada unsur unsur sinetron Indo. Kejap curang lah ...

hahahah khenn,.. aneh2 ya rebutan waniter2 skrg...
reporter2 pun tergamak nak cover citer2 sampah gini
Quote ohsoyaya 10-5-2025 06:07 AM
Wei. He ingt kita xpg sekolah ke he karang cte begini
Quote toxicated 10-5-2025 06:55 AM
Dua2 ada bipolar ke. Tgk layan watak kedua masing2 ke. Logik la skit nak fitnah diri sndiri byk peminat pun.
Quote noor2 10-5-2025 06:57 AM
Pelik2 juga perempuan2 yg berebut laki x hensem..cth shuk gemok, dia ni juga
Quote KikiHadid 10-5-2025 09:19 AM
Gmbr sblh kiri yg berniqob tu sp?si nilam ke bakal bini yg dimaksudkn?mata mcm si nilam je
Quote Raiisya 10-5-2025 11:28 AM
Lahhh... KKM, sila tidurkan diorg nie..
Quote scarflicious 10-5-2025 11:30 AM
laki, bini, skandal mmg sekufu
Quote Carcosa 10-5-2025 10:11 PM
Dua2 binatang ni tak habis2 lagi ke??
Kang dah mampos pun, sibuk nak buat drama cerita kubur pulak. Dua2 ni mmg sesuai doh. Dua2 low class. Otak udang.
Quote doubleA 10-5-2025 10:22 PM
Astaga siapa la kisahkan dorang ni? Korang terlungkup berdua pun no one cares
Quote Moyangkucing 10-5-2025 10:43 PM
So, tak jadi kawen 2 ker camaner?
Quote rosmahisham 10-5-2025 11:50 PM
Bosannya pasal derang nihh
Quote dewi_rina 11-5-2025 07:26 PM
Adoi muka jantan pun macam apa

Iols yakin marketing, apo pakai niqob belum kawin dah menyandae dibahu gitu hahahahaha

Nilam dgn marketing murahan berpisah tiada
Quote shida81 11-5-2025 08:15 PM
Dah mcm sinetron 100.episode....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054876 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top