CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pulang ke Malaysia demi keluarga, Zee Avi nafi gagal di AS

16-5-2025 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3037| Komen: 37|Original author: tatod


1000034970.jpg



KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zee Avi menolak persepsi segelintir pihak yang mengaitkan kepulangannya ke tanah air disebabkan kariernya kurang menjadi di Amerika Syarikat (AS).


Kata Zee atau nama sebenarnya, Izyan Alirahman, sebaliknya keputusan pulang ke Malaysia adalah untuk berada dekat dengan keluarga.




“Saya ini anak sulung yang ada tanggungjawab kepada keluarga. Lagipun Malaysia adalah rumah saya. Keluarga saya di sini, saya dan suami suka tinggal di sini.


“Apa pun saya ikut sahaja ketentuan Allah S.W.T. Tapi buat masa ini memang saya tidak merancang untuk kembali ke AS sebab ada studio rakaman di Bukit Bintang yang perlu saya uruskan,” katanya.


Zee Avi sebelum ini mencipta nama di AS dengan menerbitkan dua album iaitu Zee Avi dan Ghostbird yang keduanya berjaya menembusi carta Billaboard.


Penyanyi berusia 39 tahun ini juga pernah diketengahkan dalam majalah antarabangsa seperti Teen Vouge, Esquire, Rolling Stone dan Entertainment Weekly.




Dia juga pernah membuat persembahan dalam festival muzik terkenal di AS seperti SXSW, Bonnaroo dan Mountain Jam.


Penyanyi kelahiran bumi kenyalang ini pada November 2021 mendirikan rumah tangga dengan jejaka Jepun, Kenji Matano.


Katanya, dia tidak berdepan masalah besar untuk memperkenalkan dan mengajar suami tentang budaya tempatan dan agama Islam.


“Suami saya seorang yang suka merantau, jadi dia memang terdedah dengan adat dan budaya asing.




“Ketika kami mula-mula berkahwin, saya kena terangkan kepada dia tentang banyak perkara mengenai budaya kita.


“Paling asas cara kita menghormati orang yang lebih tua. Seronok sebenarnya kerana dalam kita mengajar orang lain, kita juga dapat mengingatkan diri sendiri tentang adat dan budaya sendiri,” jelasnya.- UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 16-5-2025 01:36 AM
Semalam I called you, you tak answer....
Quote Zeelalala 16-5-2025 02:05 AM
slyfynx replied at 15-5-2025 06:36 PM
Semalam I called you, you tak answer....

you kateeee you pergi tengok boleeeeeeee
Quote PULANGKAN 16-5-2025 08:37 AM
tadaimaasu
Quote SherryZass 16-5-2025 08:43 AM
Zeelalala replied at 15-5-2025 07:05 PM
you kateeee you pergi tengok boleeeeeeee

U kate u keluar dengan kawan uu
Quote borne 16-5-2025 09:29 AM
Edited by borne at 16-5-2025 09:33 AM

Apa yang gagalnya.  Dah berbelas tahun cari makan sana.  
Quote kakakko 16-5-2025 09:38 AM
Sun rays come down... As soon they hit the ground... Children spinning around.. Til' they fall down down down~~~ lama xdengor lagu ni uii..
Quote dua_chzy 16-5-2025 10:00 AM
kakakko replied at 16-5-2025 01:38 AM
Sun rays come down... As soon they hit the ground... Children spinning around.. Til' they fall down  ...

Cei meols auto ternyanyi lagu ni.
Quote Thunderclouds 16-5-2025 03:45 PM
Dia femes dulu pd yuna kn. US nuh population 340jota kot bukan 30jota mcm kt mesia pusing2 tang tu ja. Yg dok dlm gua tu mmg xterjangkau akal ramai tak ramai ummah yu es eh.
Muzik pn ikot halwa telinga masing2. Dia ada crowd sendiri, walau bukan level mainstream mcm tay tay.
Quote cmf_PariS 16-5-2025 04:02 PM
ke visa dh out
Quote lasagna 16-5-2025 04:02 PM
i suka dgn keramahan sheol ni.
dia ni mmg org nya petite yaaa!
friendly giler, senyum jerrr,
nak bergambo pun dia sudi,
tak sombong.
Quote sphinx 16-5-2025 04:10 PM
Thunderclouds replied at 16-5-2025 03:45 PM
Dia femes dulu pd yuna kn. US nuh population 340jota kot bukan 30jota mcm kt mesia pusing2 tang tu j ...

yeap.. sheols more pd indie kot tp iols suka her singing and songs; soothing and calming gitu


Quote Zeelalala 16-5-2025 04:11 PM
SherryZass replied at 16-5-2025 01:43 AM
U kate u keluar dengan kawan uu

But when i called tommy he said it wasnt true....
Quote KamikuP 16-5-2025 04:23 PM
Dia ni femes sbb ada satu acara majlis tu ada lipstik lekat kat celah gigi... ekekekek.. Kamera asyik fokus tang tu jahh... hahahaha
Quote cicicumel 16-5-2025 04:35 PM
X kemana pon..whereas Niki Indonesia tu makin mendonia with latest single Ull B In My Heart muka pon alaW Zee avi je pon
Quote af_mania 16-5-2025 05:48 PM
Maintain comel je zee avi ni. Dgn style dia yg unik tu.
Hrp she masuk GV tahun ni.
Quote mawardia 17-5-2025 12:06 AM
Itu la noks lenkali jgn syombong
Quote MarryPottet 17-5-2025 12:14 AM
Balik lepas dapat e-mail pengusiran dari Trump ke tu?
Quote DARSITA 17-5-2025 12:23 AM

Tak la femes sbb event Malaysia Embassy pun tak jemput dia .
Quote mekfazura 17-5-2025 08:58 AM
BUKAN KE TRUMPH TENGAH HALAU SEMUA PENDATANG BALIK KAMPUNG MASING2... SANA TAKDE PENGAMPUNAN...DIA BAYAR 1K DAN SURUH BERAMBUS

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053301 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top