Marissa Dania tampil menjelaskan kenyataannya sebelum ini berhubung ‘kebahagiaan palsu’ yang didakwa ditujukan kepada madunya, Umisya Mazlan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Marissa menjelaskan bahawa kenyataan itu tidak mempunyai kaitan dengan rumah tangga suaminya, Aslam dan isteri pertama.
Tambah anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ini lagi, dia bukanlah seseorang yang suka membicarakan tentang orang lain apatah apabila melibatkan media sosial.
Saya ini, nak cakap pasal diri sendiri pun jarang sekali, ini kan pula nak bercakap tentang orang lain.
Difahamkan juga, Marissa dipercayai telah menghubungi dan mengirimkan WhatsApp kepada madunya itu untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku.
Ya, WhatsApp tidak pernah disekat ya. Instagram dan TikTok (disekat) hanya untuk menjaga emosi sendiri serta kehidupan masing-masing,
Tambah Marissa lagi, dia kurang selesa menyelesaikan sebarang masalah secara terbuka sebaliknya lebih memilih pendekatan secara tertutup dan privasi.
Saya tak pernah selesaikan sebarang isu secara terbuka, sebab itu orang tidak tahu. Ini cara saya pilih apabila berdepan dengan masalah.
Apa sahaja isu dan terkait dengan siapa pun, semuanya secara privasi. Tapi, hanya saya yang selalu mencuba menyelesaikan masalah secara privasi.
Saya okey dengan semua ini tapi jangan buat orang lain pula yang salah faham sampai membenci.
Sebelum ini Marissa menarik perhatian apabila mendakwa warganet mudah terpedaya dengan lakonan kemesraan suaminya, Aslam bersama isteri pertama, Umisya Mazlan.
Komen itu dibalas suslan seorang pengguna TikTok mendakwa Aslam tidak boleh hidup tanpa isteri pertamanya itu.
Umisya kemudiannya memuat naik tangkap layar komen tersebut di Instagram, sekali gus mencetuskan perhatian netizen.
Sumber: OhBulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|