Baru-baru ini, penampilan pelakon Indonesia Tya Ariffin menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya mengenakan tudung menampakkan leher serta rambutnya. Memetik HibGlam, suami kepada pelakon itu yang juga usahawan Asyraf Khalid mengakui kesilapan isterinya dan Tya sudah mengambil iktibar daripada isu berkenaan agar kesilapan itu tidak lagi berulang. “Isteri saya masih muda lagi, Tya ambil iktibar daripada isu tersebut sebagai satu proses pembelajaran baginya untuk istiqamah memakai tudung dengan bertutup sepenuhnya. “Perkara ini berlaku di luar jangkaan, jadi saya hanya terus memberi dorongan dan sokongan untuk Tya terus bertudung dan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya. Sementara itu, Asyraf turut meminta agar orang ramai mendoakan isterinya menjadi lebih baik dan dia sering menasihati Tya untuk bersabar. “Kita sama-sama doa kepada Tya agar dia boleh jadi lebih baik pada masa akan datang dan tidak mengulangi kesilapannya.
“Saya selalu nasihat kepada Tya untuk bersabar dan setiap cabaran yang diberi oleh Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik,” katanya. Sumber – HibGlam, Rotikaya |
zuriey replied at 6-6-2025 02:57 PM
Tu ayat bapak ko masa mak tiri ko balik dari haji or umrah dulu tak hengat aku..so mak tiri ko berja ...
MatDeghem replied at 6-6-2025 04:33 PM
"Oxford LEAP" refers to two different initiatives from the University of Oxford:
the LEAP (Lifesty ...
MatDeghem replied at 6-6-2025 04:25 PM
dorang pegi oxford belajar ape eh? agak2 bila balik dapat masters, phd atau certificate of attendanc ...
zuriey replied at 6-6-2025 02:57 PM
Tu ayat bapak ko masa mak tiri ko balik dari haji or umrah dulu tak hengat aku..so mak tiri ko berja ...
Chah21 replied at 6-6-2025 05:45 PM
Xkn la dia nk berkeras .. mak dia pun bertudung umur brapa.. tgok lelaki2 kt fb sana nun..mak sndi ...
ADVERTISEMENT