CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita jumpa wang lebih RM1 juta dalam kotak di tempat buang sampah

7-6-2025 11:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1425| Komen: 8

 


BANGKOK – Seorang wanita terkejut menemui wang tunai 12 juta baht (RM1.5 juta) di dalam sebuah kotak yang diambil dari tempat pembuangan sampah pangsapurinya, portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.40 malam (waktu tempatan) di wilayah Nonthaburi kelmarin. 

Wanita tidak didedahkan namanya itu dilaporkan ternampak sebuah kotak plastik berwarna kelabu semasa dalam perjalanan pulang ke pangsapurinya. 

Wanita terbabit mengambil kotak itu tanpa ragu kerana sudah lama mahukan kotak simpanan yang besar. 

Dia bagaimanapun terkejut apabila kotak tersebut berisi wang tunai yang banyak dan segera menghubungi polis. 

Siasatan awal mendapati kotak itu berisi wang kertas bernominasi 1,000 baht (RM131) dengan jumlah keseluruhan 12 juta baht. 

Bukan itu sahaja, beberapa dokumen potongan cukai serta sampul surat berkait dengan Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan (NBTC) Thailand turut ditemui. 


Polis telah mengenal pasti individu yang dinamakan dalam dokumen tersebut dan memanggilnya untuk disoal siasat. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 8-6-2025 12:31 AM
Duit cuci gomen?
Quote slyfynx 8-6-2025 01:07 AM
Kalau x nk tag antarabangsa pun, tulis la tajuk tu dalam bath, then kurungan dalam RM.
Pemalas nk mampos wartawan CARI ni
Quote sallysains 8-6-2025 03:18 AM
dua_chzy: Duit cuci gomen?


Seorg peguam dh ngaku, kata duit tu dia pnya dan heols simpan kt condo utk ‘simpan elok2’ tp terbuang masa cuci2 lps banjir. Skrg polis tgh semak rekod kwgn, CCTV dan cap jari nk sahkan btl ke duit tu heols pnya or ada kait dgn aktvti haram. Duit tu ttp kt polis smpai siasat settle
Quote sallysains 8-6-2025 03:22 AM
sallysains replied at 8-6-2025 03:18 AM
Seorg peguam dh ngaku, kata duit tu dia pnya dan heols simpan kt condo utk ‘simpan elok2’ tp ter ...

Tp sapa tau, kot2 tu org yg nk sapu duit tu je…
Quote Jitu 8-6-2025 06:34 AM
oh 12 juta baht muat dlm bekas tu
ingatkan juta2 ni byk penuh satu van sekuriti tu
Quote zehra2 8-6-2025 07:38 AM
iya ler. kot terambik duit tokan dadah kan.. kang tak psl kena tetak. baik bg kat polis.
Quote sapeka 8-6-2025 07:52 AM
Banyaknya..
Quote B40tastePosh 9-6-2025 09:25 AM
zehra2 replied at 8-6-2025 07:38 AM
iya ler. kot terambik duit tokan dadah kan.. kang tak psl kena tetak. baik bg kat polis.

Kalau la aku tahu dari awal, dari mimpi ke...sanggup aku aidiladha pergi Thailand....masukkan duit tu dlm beg guni yg besar tu yg org malaysia suka pakai kat wang klian

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045951 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top