CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aliff Rakib terus mengganas di pentas ONE Championship

8-6-2025 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1123| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib terus membuktikan statusnya sebagai petarung ‘berbisa’ apabila melakar kemenangan keempat berturut-turut di pentas ONE Championship, sejurus menundukkan wakil Maghribi, Elmehdi El Jamari dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, sebentar tadi,

Kemenangan menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) itu bukan sahaja mengekalkan rekod bersih Aliff, malah memadamkan misi peribadi Elmehdi yang turun dengan niat mahu ‘membalas dendam’ atas kekalahan abangnya, Zakaria, di tangan Aliff sebelum ini.

Beraksi dalam kategori strawweight muay thai, Aliff yang memiliki kelebihan menerusi ketinggian tidak menunggu lama untuk melepaskan serangan terutama tendangan padunya.

Pada pusingan pertama, beberapa tumbukan padu dan sepakan deras daripada Aliff berjaya singgah tepat ke muka Elmehdi, memberi amaran awal kepada petarung yang dikenali sebagai “The Sniper” itu.


Aksi menjadi lebih hangat di pusingan kedua apabila kedua-dua petarung saling berbalas serangan. Aliff hampir rebah selepas menerima satu tumbukan padu, namun beliau cekal bertahan untuk menghabiskan pusingan.

Tidak mengendurkan asakan, Aliff kembali garang di pusingan ketiga dengan melepaskan beberapa siri tendangan kencang ke arah rusuk Elmehdi. Walaupun lawan cuba membalas dengan beberapa tumbukan, ia tidak cukup untuk menggugat penguasaan Aliff sehingga loceng penamat dibunyikan.

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi reputasi Aliff di pentas antarabangsa, selepas sebelum ini turut melakar kemenangan KO bergaya ke atas Shamil Adukhov pada Februari lalu.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 8-6-2025 12:28 AM
Ngeriii
Quote sallysains 8-6-2025 03:27 AM
Heols ni mmg steady gila, smgt dan ktptn dia lain mcm
Quote naina 9-6-2025 02:24 PM
Relax je muka dia
Bahasa badan pun nampak tenang tak kalut
Camtu baru fighter
Tak gopoh nak k.o kan lawan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.033775 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top