LUMUT – Tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Pantai Teluk Senangin dekat sini pada Khamis lalu tidak memberikan kesan terhadap pengusaha kerusi sewa di Pantai Teluk Batik di sini. Ini kerana tinjauan Kosmo! di lokasi pelancongan tersebut hari ini mendapati, rata-rata pengusaha kerusi sewa masih meletakkannya secara bersusun di kawasan perniagaan masing-masing. Seorang pengunjung dari Sungai Petani, Kedah dikenali sebagai Nurul Aisyah Isa, 41, berkata, mereka tidak menyangka keadaan itu berlaku di Pantai Teluk Batik walaupun MPM telah mengambil tindakan terhadap peniaga di Pantai Teluk Senangin. “Saya ingat tindakan itu memberikan kesan kepada pengusaha-pengusaha ini tetapi nampak gayanya ia tidak menakutkan mereka. “Keadaan sama seperti di Teluk Senangin apabila pengusaha-pengusaha ini menyusun kerusi untuk disewa pada harga RM3 itu di kawasan pantai walaupun mereka tidak dibenarkan berbuat demikian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Pelancong dari Sabak Bernam, Selangor iaitu Ahmad Razali Embong, 38, berkata, mereka sekeluarga tidak mahu duduk terlalu berhampiran dengan pantai kerana lebih gemar berlindung di bawah pokok di kawasan tersebut. “Bagaimanapun, apabila kerusi-kerusi ini disusun berhampiran pantai, yang kami nampak terlebih dahulu ialah kerusi berkenaan. “Kalau boleh kami nak menikmati pemandangan pantai tanpa adanya kerusi-kerusi sewa berkenaan,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
silance replied at 8-6-2025 01:00 PM
Sapa yang buat business sewa kerusi ni? kalau operated 100% by local, bagi chance la.
otai_g replied at 8-6-2025 01:29 PM
Dia sewakan je. X nak sewa x pyh la sewa. Bawak kerusi sendiri ha senang
Tp kalo tkg sewa tu ...
otai_g replied at 8-6-2025 01:29 PM
Dia sewakan je. X nak sewa x pyh la sewa. Bawak kerusi sendiri ha senang
ekselen replied at 8-6-2025 06:35 PM
isu nya skrg pengunjung tak boleh guna kerusi sendiri.. kena sewa yg locals punya tu kalau nk dudu ...
pooh~key replied at 9-6-2025 02:33 PM
Mengarutlah sissy. Akak baharu jah lawat pantai B40 ni elok jah selamber akak pacak kerusi sendiri ...
ekselen replied at 9-6-2025 02:57 PM
ntahla chuols... tu iols baca kt fb.. dia bwk kusi sendiri nk pacak area kt pantai tp disuruh sewa ...
pooh~key replied at 9-6-2025 03:08 PM
Entah la mungkin sebab akak buat muka garang kot sissy? lagi pun memang akak dah plan awal kala ...
otai_g replied at 8-6-2025 01:29 PM
Dia sewakan je. X nak sewa x pyh la sewa. Bawak kerusi sendiri ha senang
Tp kalo tkg sewa tu ...
grouper replied at 9-6-2025 03:36 PM
Tiap2 tahun p teluk senangin n teluk batik x pernah lagi kena paksa sewa kerusi diorg. Boleh je bwk ...
ADVERTISEMENT