CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas UPSI: Syarikat bas enggan ulas video tular pemandu bawa laju

10-6-2025 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4325| Komen: 47

 


KOTA BHARU – Syarikat bas mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung rakaman video tular yang memaparkan kenderaan tersebut dipandu laju sebelum terbalik sehingga mengorbankan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak hari ini.

Pegawai Operasi Syarikat Kenari Utara Travel And Tours (Kenari Utara), Mohd. Nazri Nawi berkata, beliau belum mendapat kebenaran daripada syarikat berkenaan untuk memberikan sebarang komen berhubung kejadian tersebut.

“Saya minta maaf dan syarikat tidak memberi kebenaran untuk buat sebarang komen berkaitan kejadian termasuk mengenai video tular,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial yang dikenali sebagai Hanz Hanz memuat naik rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta yang memaparkan detik cemas sebelum bas tersebut terbalik.


Rakaman berdurasi 39 saat menunjukkan bas tersebut dipandu dalam keadaan laju sebelum terbalik selepas memotong kenderaan lain.

  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 10-6-2025 08:49 AM
iols xleh imagine bas tu langgar penghadang besi jalan tu then budak2 yg tgh tido dlm tu...pastu baca plak bomba ckp ada jenazah yg x sempurna. ahhhh setannya punya driver! dia x mati plak! org lain jd mangsa.
Quote Mummycomby 10-6-2025 09:00 AM
Allahu.... mcm mana la depa dlm bus terkejut masa bas nak terbalik kan...Allah...moga anak2 semua di tempatkan dlm Syurga...Berehat la di Taman2 Syurga syg... Bakal2 cikgu dia Syurga dik... Acik mampu sedekah Al fatihah bnyk2.. Moga keluarga semua tabah ...
Quote ^CUN_GILA~. 10-6-2025 09:09 AM
Edited by ^CUN_GILA~. at 10-6-2025 10:26 AM

[ig]https://www.instagram.com/reel/DKr1gDphfZn/?igsh=Y2Rkajl3bngwYWlw[/ig]
Top dashcam bukan.  Skrol to komen #10
Quote cikmouse 10-6-2025 09:20 AM
Aikkkkk...smlm laju jerrr komen kataaa pemandunyaaa berhemah....kali nieee trus no komen pulok yerr...
Quote airfilterkotor 10-6-2025 09:32 AM
^CUN_GILA~. replied at 10-6-2025 09:09 AM
Ni kantoi potong kat double line.  Dashcam kereta lain.

Warna bas tak sama.
Quote MissVixen 10-6-2025 09:38 AM
Pasang la dashcam dan rajin semak dia rekod elok atau tak. Apa2 jadi ada bukti. Syarikat bas ni sebelum ni gebang pemandu berhemah la, keadaan bas tip top la. Pfffttt.
Quote AbukRokok 10-6-2025 09:44 AM
Edited by AbukRokok at 10-6-2025 09:47 AM

palat A : eksiden sebab Alza laju terbabas
Palat B : nampak mcm masalah brek turun bukit
Family palat A : Kita xboleh salahkan sesiapa dah takdir tuhan..eksiden tu hanya asbab je dah tertulis di mahfuz Omar

Kawan Palat B : Polis pun kata jalan berkabus nak kata apa.. klu xkabus mesti xeksiden
GF palat C : kenapa xbuat lampu jalan
Parent Palat E : salah kerajaan tak tukar jenis divider..divider skrg sgt bahaya dan tajam
Quote zorrro_03 10-6-2025 09:51 AM
menteri celaka buat apa?  lepas dia pegang mot semua jadi cacamerba. pemandu dari neraka.  menteri pun dri neraka.  moga korang diberikan sengsara dunia akhirat.
Quote ^CUN_GILA~. 10-6-2025 10:00 AM
Edited by ^CUN_GILA~. at 10-6-2025 10:10 AM

Okay thanx.  

Bas lain:


Bas Noreen:
1000052302.jpg 1000052301.jpg

Quote batmana 10-6-2025 10:08 AM
semua nk salahkn org lain
nape x salahkn malaikat maut juga sbb amik nyawa
Quote kucingitam 10-6-2025 10:11 AM
AbukRokok replied at 10-6-2025 09:44 AM
palat A : eksiden sebab Alza laju terbabas
Palat B : nampak mcm masalah brek turun bukit
Family pala ...

ini semua 8481...jalan gelap, berkabus bawak slow la..di bantainya mcm bawa kat jalan lurus. giler.
Quote dua_chzy 10-6-2025 10:13 AM
Bodoh punya driver. Mudah2an anak bini cucu cicit mak bapak kau pula mati eksiden yang teruk2 sampai putus kepala putus badan suma. Meols tamau ko mati. Meols nak orang2 yang dekat yang kau sayang tu tanggung karma kifarah kau.
Quote saliv 10-6-2025 10:37 AM
dua_chzy replied at 10-6-2025 10:13 AM
Bodoh punya driver. Mudah2an anak bini cucu cicit mak bapak kau pula mati eksiden yang teruk2 sampai ...

1000052304.jpg
Quote emera 10-6-2025 10:41 AM
PMX & menteri pengangkutan ada komen apa2 tak? Aku suggest pihak yg berkenaan saman gomen sbb xde buat apa2 isu kemalangan mcm ni.
Quote azhardanil 10-6-2025 11:40 AM
zorrro_03: menteri celaka buat apa?  lepas dia pegang mot semua jadi cacamerba. pemandu dari neraka.  menteri pun dri neraka.  moga korang diberikan sengsara dun ...


zaman menteri mana takde kemalangan? takde pemandu celaka?

Quote akuMNdia 10-6-2025 11:50 AM
tak mustahil kalau bas tu mmg ada masalah brek.

Quote BungaKencana 10-6-2025 11:51 AM
mula2 berhemah bas dlm keadaan baik, lps tular dashcam tak blh bg kenyataan pulak hehehe.. tp ada mangsa yg selamat tu dia bgtau ada bau hangit kan sblm kemalangan ngeri tu..
Quote Firenzza 10-6-2025 11:53 AM
AbukRokok replied at 10-6-2025 09:44 AM
palat A : eksiden sebab Alza laju terbabas
Palat B : nampak mcm masalah brek turun bukit
Family pala ...

Ramai sgt pembekap drebar bas dlm tt, sampai divider plk disalahkan, pastu komen terpaling..... diorg ckp masalah brek x mkn.....mcm gampang punya komen....yg pelik klau masalah brek camne drebar tu blh lepas brp byk simpang & trafik light? Dh tau brek x mkn knp x slow & berhentikan bas? Ingat dia tgh drebar kapalterbang ke hapa
Quote Firenzza 10-6-2025 11:57 AM
emera replied at 10-6-2025 10:41 AM
PMX & menteri pengangkutan ada komen apa2 tak? Aku suggest pihak yg berkenaan saman gomen sbb xde bu ...

Dh sampai masa bas & lori kena pasang auto cut speed, tekan mintak sampai lantai pun cuma blh pg 80kmj jerrr

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.055396 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top