CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ya Allah syukur pada-Mu - Puteri Sarah Menangis Menang Saman Fitnah, Momen Peluk Syaikhul Undang Sebak

15-6-2025 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2875| Komen: 27



Pelakon, Puteri Sarah gagal menahan air mata apabila menerima berita dirinya telah menang kes saman fitnah membabitkan bekas pekerjanya, Nazatul Nazira.


Sarah atau nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menerima khabar gembira itu ketika sedang melakukan siaran langsung di TikTok, pada Jumaat.

Sedang sibuk mempromosikan tudung, Sarah menerima kiriman mesej daripada seseorang yang memaklumkan dia telah menang kes tersebut.

Aktres itu kemudian meluahkan rasa syukur dan melompat kegembiraan. Malah, dia juga gagal menahan sebak sehingga menangis.

Ya Allah menang, alhamdulillah. Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya. Saya menang kes saman fitnah. Ya Allah syukur pada-Mu. Berkat hari Jumaat, saya dah sujud syukur.


Sarah juga dilihat tidak berhenti mengucap rasa syukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Tidak hanya itu, momen Sarah memeluk anak sulungnya, Syaikhul Islam turut mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

Pada Jumaat, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Nazatul membayar ganti rugi RM150,000 kepada Sarah berhubung fitnah yang dibuat dalam media sosial, pada tahun lalu.

Sarah berjaya membuktikan tuntutan fitnah dibuat Nazatul yang telah mencemarkan reputasinya sebagai artis, usahawan dan ibu tunggal.

Selain itu, Nazatul juga diperintahkan membayar kos perbicaraan sebanyak RM30,000 kepada Sarah selain faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman.

 
Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 15-6-2025 11:51 AM
Klu x blh byr.. Penjara ke
Quote L.U.S.M 15-6-2025 12:08 PM
shida81: Klu x blh byr.. Penjara ke


Tak..ni bukan kes jenayah..komital utk bankrap je laa
Quote L.U.S.M 15-6-2025 12:08 PM
overnye...ingat org tu xblh appeal ke..lawak betul
Quote alana94 15-6-2025 04:50 PM
lama da kes ni
Quote Chah21 15-6-2025 06:44 PM
L.U.S.M replied at 15-6-2025 12:08 PM
overnye...ingat org tu xblh appeal ke..lawak betul

Appeal tu apa pulak
Quote missbigrockstar 16-6-2025 08:21 AM
Mcm 2 beradik kalau Nelydia pakai tudung balik. Sarah ni manis, cuma suara dia ja kureng. Mcm fasha juga cantik tapi buka mulut ja, out
Quote cm_vungtau 16-6-2025 08:28 AM
Gambar nangis tu macam gambar acik umno yang nangis yang jadi meme tu
Quote zeetot 16-6-2025 09:01 AM
always have soft spot for PSL. sbb apa yg dia lalui tu perit
Quote brunesss 16-6-2025 09:10 AM
zeetot replied at 16-6-2025 09:01 AM
always have soft spot for PSL. sbb apa yg dia lalui tu perit

sem lah, she carried her burden with grace. betul2 nampak character development dia. aku rasa mcm tengok wayang pulak life dia ni
Quote orkid_amani 16-6-2025 09:13 AM
Skg dah kurang gosip dgn AA @ tak lalu moment manis2 dia dgn AA dekat tt aii?
Quote want2bhappy 16-6-2025 12:29 PM
MEOLS NAK TAU SANGAT APA YANG JADI KT FOLLOWER DIA TU SI SYUD...  mana la pergi .. windu pulak nak baca laharan ke dia
Quote litzy83 16-6-2025 02:39 PM
L.U.S.M replied at 15-6-2025 12:08 PM
overnye...ingat org tu xblh appeal ke..lawak betul

buat fitnah kat orang tu lagi tak lawak yerr
Quote L.U.S.M 16-6-2025 04:46 PM
litzy83 replied at 16-6-2025 02:39 PM
buat fitnah kat orang tu lagi tak lawak yerr

Mmg xlawak..aku kata hat dia over ni as lawak..apa kaitan plak compare fitnah dgn pov aku
Ko mental ke?
Quote L.U.S.M 16-6-2025 04:47 PM
cm_vungtau replied at 16-6-2025 08:28 AM
Gambar nangis tu macam gambar acik umno yang nangis yang jadi meme tu

Haaa ada pun org yang rasa benda ni mcm aku rasa...yes funny smpi blh jadi meme
Quote L.U.S.M 16-6-2025 04:48 PM
Chah21 replied at 15-6-2025 06:44 PM
Appeal tu apa pulak

Rayuan laaa...
Kes menang kat high court xsemestinya menang kat COA dgn Fed Court
Quote heythere123 16-6-2025 05:51 PM
good for her tapi macam over la pastu nampak scripted sebab ngam2 time buat live
Quote brainbiru 16-6-2025 06:27 PM
Tahniyahhhhh Presiden
Quote Chah21 16-6-2025 11:56 PM
L.U.S.M replied at 16-6-2025 04:48 PM
Rayuan laaa...
Kes menang kat high court xsemestinya menang kat COA dgn Fed Court

Klu defendan yg menang, plaintiff bole bawak ke mahkamah rayuan?
Quote L.U.S.M 17-6-2025 06:27 AM
Chah21 replied at 16-6-2025 11:56 PM
Klu defendan yg menang, plaintiff bole bawak ke mahkamah rayuan?

Ye semua pihak blh.. janji ada duit..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043285 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top