Ketegangan di Timur Tengah kini mendapat perhatian Korea Utara apabila pemimpinnya, Kim Jong-un, dilaporkan mengeluarkan amaran tegas bahawa negaranya tidak akan berdiam diri jika Iran menjadi sasaran serangan luar. Dalam satu kenyataan yang dipetik daripada pertemuan bersama pegawai tentera tertingginya, Kim berkata, “Kami akan bertindak terhadap mana-mana ancaman ke atas Iran,” sambil menyifatkan kuasa-kuasa Barat sebagai “tentera upahan imperialisme global.” Mengapa Korea Utara masuk campur? Korea Utara dan Iran sememangnya dikenali sebagai dua negara yang sering menentang pengaruh Amerika Syarikat dan sekutunya. Hubungan strategik antara Pyongyang dan Tehran termasuklah kerjasama dalam bidang ketenteraan dan teknologi misil, menjadikan kenyataan Kim ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Kenyataan tersebut muncul ketika konflik antara Israel dan Iran semakin memuncak, termasuk pelancaran peluru berpandu dan serangan rentas sempadan yang membimbangkan banyak pihak. Kenyataan Kim dianggap sebagai mesej sokongan terbuka kepada Iran, sekaligus memberi amaran kepada negara-negara lain agar tidak mencampuri urusan tersebut.
Masih belum disahkan media rasmi Setakat ini, laporan kenyataan Kim Jong-un hanya dilaporkan oleh media luar seperti ABC News Nigeria, bertarikh 14 Jun 2025. Tiada pengesahan rasmi diterbitkan oleh KCNA, iaitu agensi berita rasmi Korea Utara atau mana-mana media arus perdana antarabangsa seperti Reuters atau AP. Namun begitu, mesej itu tetap mencuri tumpuan dunia kerana ia memberi isyarat bahawa krisis di Timur Tengah boleh melibatkan lebih banyak kuasa luar dan menjadikan konflik sedia ada bertambah rumit. Apa maksud kenyataan Kim ini? Kim Jong-un dilihat menggunakan peluang ini untuk menunjukkan Korea Utara masih relevan dalam geopolitik global. Dengan menyatakan kesediaan untuk ‘membela’ Iran, Pyongyang ingin menghantar mesej kepada Washington bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi tekanan antarabangsa. – Agensi Sumber : TheReporter
|
grouper replied at 16-6-2025 03:34 PM
Perang moden skang perlu dua benda je hipersonic missile ngan drone. X yah susah hantar jet pejuang ...
Setakat ini, laporan kenyataan Kim Jong-un hanya dilaporkan oleh media luar seperti ABC News Nigeria, bertarikh 14 Jun 2025.
B40tastePosh replied at 17-6-2025 08:01 AM
Kalau Korea Utara terbabit sekali jawab nye WW3 la sebab dah babitkan rantau Asia Timur.
lipans replied at 20-6-2025 11:52 AM
US hanya akan guna bunker buster dia tu. Lepas tu tgk cemana Iran retaliate, samada serang pengkalan ...
nusaraya replied at 20-6-2025 12:20 AM
Tampaknya buan hanya Kim Jong Un yang akan membantu IRAN ... Bagaimana dengan PMX .. Apakah dia puny ...
dua_chzy replied at 20-6-2025 01:57 PM
Korang memang mau2 WWIII huntok jadik kan.
slavehunter replied at 20-6-2025 02:24 PM
The thing is dengar nye kenapa Trump Masih hesitate taknak serang sebab he wasn't sure bunker bust ...
AbukRokok replied at 20-6-2025 03:28 PM
ada satu lagi bunker rahsia yang lebih kebal dri frodo katanya - pickaxe Mountain
ADVERTISEMENT