|
Pelakon Elfira Loy berkata dia mengakui paling takut dengan penyakit ain disebabkan rasa cemburu seseorang. Menerusi podcast Sembang Seram, Elfira berkata dia awalnya dia tidak percaya dengan kewujudan penyakit itu kerana dia percaya dengan kekuasaan Allah. “Macam cemburu yang sangat mendalam, you akan sakit. Macam dulu, saya tak percaya… saya macam kenapa kita nak percaya pada penyakit ain. “Bukan tak percaya tapi macam kalau percaya tu macam lima persen pada ain, 10 persen lagi tinggi saya percaya kuasa Allah. Saya tahu Allah ada untuk lindungi kita,” katanya. Tambah Elfira lagi, dia mendedahkan pernah terkena pernyakit tersebut sehingga membutkan dirinya jadi lemah serta turut mengganggu hubungannya dengan suami.
“Sebenarnya tanpa kita buat apa-apa, tapi kalau ada seseorang tu ada rasa cemburu yang sangat pada kita, kita boleh kena penyakit ain. “Saya pernah kena penyakit ain. Saya jadi malas, jadi lemah, marah, nanti hubungan dengan suami tak best. Nasib baik saya selalu sakit, saya akan jumpa orang yang betul untuk rawat jangan biar berlarutan,” katanya. Sumber :– Rotikaya |
KBW2 replied at 17-6-2025 04:07 PM
HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA Penyakit ain ni mmg banyak hinggap pada retis dan keluarga retis eh? Tak perna ...
Mekgadis16 replied at 17-6-2025 07:30 PM
Sebab yg bukan artis takde sape nak amik tahu kena ain ke idok. Tapikan setahu aku la, kalau kena ...

KBW2 replied at 17-6-2025 08:26 PM
Takdelah kita pun bersedara-mara, berkawan dan berjiran tak pernah lagi dengar ada orang kena hing ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-4-2026 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036388 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.