CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi popular era 90-an. Sheqal meninggal dunia dalam tidur

17-6-2025 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 869| Komen: 3

 


PENYANYI Sheqal meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pada pukul 12.31 tengahari, Selasa. 

Berita sedih itu dikongsi oleh isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58 yang memaklumkan suaminya sudah ditahan wad sejak 4 Jun lalu. 

Selepas dua hari dimasukkan ke HTJ, Sheqal Shaharim Salehuddin, 60, ditidurkan kerana tahap oksigen penyanyi itu menurun sehingga 62 peratus.

Penyanyi lagu Cinta Nusantara ini turut menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan kini menggunakan kerusi roda. 

Menerusi temu bual bersama mStar, Sheqal memberitahu dia tidak lagi mampu bekerja dan tidak menerima tawaran menyanyi seperti dahulu.

Sheqal sebelum ini berdepan dengan masalah kesihatan termasuk diserang angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020.

Untuk rekod, Sheqal dan Normah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu  Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani Shaharim, 20.


Sebelum itu, Sheqal pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Raja Ema pada 1993, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam tahun. 

 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Putera Ammar, 30, dan Putera Al Kasyah, 28 tahun.

Sheqal memulakan kerjaya sebagai penyanyi di era 1990-an dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional. 

Antara lagu-lagu popular nyanyian Sheqal termasuk Zapin Rindu-rinduan, Cinta Nusantara dan Ratib Orang Lautan.


Sumber :– mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 17-6-2025 05:31 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga mangsa.
Quote Fiimochie 17-6-2025 11:00 PM
Al fatihah , semoga Allah ampunkan segala dosa
Quote lasagna 18-6-2025 08:36 AM
Innalillahi Wainnailaihi Rojiun.. Al Fatihah..
Tak tau anak2 dgn Raja Ema sempat datang/berjmp ke tak..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.090499 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top