CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nabila Diterima Jadi Pramugari Singapore Airlines” – Kak KM Sedih Berjauhan Dengan Anak

23-6-2025 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19342| Komen: 235

 


Usahawan sensasi Kak KM atau Liana Rosli tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya, Nabila yang bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines.

Menerusi ses siaran langsung di TikTok, Kak KM tidak dapat menahan sedih apabila perlu berjauhan dengan anaknya itu kerana akan menetap di Singapura selepas ini.

“Nabila (diterima bekerja) Singapore Airlines. Jadi dia akan menetap di Singapura. Sedangkan bila Nabila dapat belajar di Universiti Malaya yang ‘sekangkang kera’ dari rumah ini pun saya sudah menangis selama dua minggu, inikan pula apabila dia perlu berpindah ke negara lain.

“Kita tidak biasa nak berjauhan dengan anak tetapi untuk masa hadapan dia, saya sebagai mak relakan anak perempuan saya,” katanya.

Sementara itu, Kak KM berkata anaknya bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines selama lima tahun dan ada mencuba peluang mengikuti temuduga bersama syarikat penerbangan antarabangsa, Emirates.



“Minggu ini (22 Jun, Ahad) kita akan hantar dia ke Singapura, jadi harapnya semua berjalan lancar. Harap jugalah saya kuat sebab nak melepaskan anak itu tidak mudah. Walaupun dia pergi mencari rezeki tetapi benda itu sebenarnya berat,” katanya.

Terdahulu, Nabila menamatkan pengajian peringkat Diploma dari Universiti Malaya pada Disember 2024.

Sumber : YouTube Selebriti Malaysia, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-6-2025 09:28 PM
Jangan bawak vibe rempit tau.


Quote rosevelvet 23-6-2025 09:31 PM
Ini ke maksud fly high?
Quote Manusiabesa 23-6-2025 09:37 PM
Cmno dpt jd fa tu ek. Cukup cm ke. BMI ideal ke. Result spm ok ke. Nk jd fa xperlu gempak straight a tp mau credit jugak dlm subjek teras. Bi mau fluent juga lah..xkira lg etiquette mau kemas, dinamik, bitchy sikit tp nmpk kelas...... anak dia ni mmg nmpk bitcy tp bkn sikit tp byk... even study um pn nmpk bimbo gila mcm mak dia....

So aku predict jd fa pn xkn kekal lama xlama lg akan quit. Mcm didi pinggan adik kemek. Membongak kata fa pdahal siang mlm kedarah megi kari tekangkang tekoyak mcm budak terencat...   sick
Quote Aneem 23-6-2025 09:50 PM
100 patah kata kak km, dua patah pun ku tak percaya.
Quote SpyLeman 23-6-2025 09:54 PM
Kilometer ni kalau sembang, vavi tempang pun blh terbang. Kalau korang caya, aku  tak tau la... result exam anak dia pun dia blh gebang, setakat nak sembang anak muka rempit tu jd FA SIA. ntah ye ntah tidak. Silap2 bhgn cop boarding pass
Quote TomyamPuteh 23-6-2025 10:16 PM
Anak dia still pakai rompers
Quote sharlenetexas 23-6-2025 10:23 PM
Bila baca semula, adakah sembang kari?


Quote hmmlantakko 23-6-2025 10:42 PM
mesti bacin bau rompers tuu eeyuckkk. geli kot tgk org tua pakai rompers mompers
Quote 800214 23-6-2025 10:52 PM
Geli baju dia. Terjepit celah cekprit ke tuuu
Quote shania88 23-6-2025 11:57 PM
Sembang kari kot.. kalau tak dia dah tayang dah offer letter dari SIA.. dia kan sejenis tayang semua benda.. cabar dia tunjuk offer letter tu
Quote doodlediddle 24-6-2025 12:02 AM
Aku mmg SUKAR utk percaya perkara ni. Possibility utk Sembang kari tu tinggi.
Standard MAS pun Belum capai piawaian utk anak dia ni ape tah lagi SQ. hurmmmm yo lahhhh
Kalau Betul, offer letter manooo?? Jangan main hembus je Mcm ngai.
Quote Zeelalala 24-6-2025 12:04 AM
Jijik betul tengok pakai baju tu
Quote anggeriklatifah 24-6-2025 12:11 AM
Manusiabesa replied at 23-6-2025 09:37 PM
Cmno dpt jd fa tu ek. Cukup cm ke. BMI ideal ke. Result spm ok ke. Nk jd fa xperlu gempak straight a ...

Bukan student um betul2 pon uols..actually uni bawah um
Quote pocongkiutss 24-6-2025 12:55 AM
Pls la..anak ko umcced.. bkn UM..jauh beza kuttt
Quote sarah_ary2 24-6-2025 01:03 AM
Geleman tgk anak dia punya outfit mcm
tue, selalu kalau org pakai mcm tue mmg pinggang pun cantik yg ini susah. nak cakap
Quote bedahmenjuyah 24-6-2025 01:11 AM
doodlediddle replied at 24-6-2025 12:02 AM
Aku mmg SUKAR utk percaya perkara ni. Possibility utk Sembang kari tu tinggi.
Standard MAS pun Belu ...

Oh em.gee. sebijik apa aku pikir. Tukang print kat kaunter jah dekkkm
Quote aint 24-6-2025 06:41 AM
Hmm... Spore Airline punya syarat utk jd FA mmg strict dr MAS... tk sangka dia dpt.. ke sekadar dok kaunter bagasi/pertanyaan jer di Airport tu
Quote red_velvet 24-6-2025 06:51 AM
Edited by red_velvet at 24-6-2025 06:54 AM

Berkerak gini boleh jadi FA ke?  Iols tak caya  la, kat thread ada Geng FA kata diorang pergi interview kat SIA, requirement  lebih ketat dari MAS... Diorang sendiri susah nak tembus Lagi2 bila bukan Singaporean.. Ngan Kilometrico ni baca boleh percaya jangannnnnn
Quote TeropongThaico 24-6-2025 07:11 AM
Flai hai gitu dikkk
Tp tu le bila omaknya berkali2 auta lbh drpd fakta ni mmg semua org mehhhkan aje
Tak yah kerja pun ok jd model utk produk omak pun ok dah memandangkan omak pun bangga dgn ko dikkk

Lihat semua komen(235)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.448213 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top