CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Hari Tu Mak Lampir, Harini Si Polan” – Afreena Dakwa Tak Mudah Berurusan Dengan Penagih Dadah

2-7-2025 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1296| Komen: 7

 


Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menjelaskan dia berhubung dengan bekas isteri suaminya, Zila Saeron hanya untuk berkongsikan perkembangan mengenai anak tirinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Afreena berkata si ibu sudah lapan tahun tidak berjumpa dengan anaknya dan dia bukan seorang yang kejam tidak mahu menjaga anak tirinya.

 

“Si ibu yang dah 8 tahun tak berjumpa dengan anaknya. Boleh dikatakan macam dipisahkan pun ada ya. Mestila ibu tu rindu dengan anaknya? 

“Niat saya bukan untuk memberi anaknya kepada ibunya, sebab ibu dia sendiri beritahu saya yang dia pun tak nak fight tentang anaknya atas sebab tak nak anak dia stress.


“Mak dia hanya nak tahu tentang perkembangan anak dia je. Jadi yang cakap saya tak nak jaga anak tirit tu, saya tak kejam macam tu,” katanya.

Sementara itu, Afreena turut kesal dengan gelaran kurang menyenangkan diberikan terhadapnya serta turut menggelar suaminya individu yang didakwa mengambil bahan terlarang.

“Hari tu mak lampir, hari ni si polan. Ewah ewah melebih pula kau ni. Aku pun tak pernah panggil kau nama buruk. Yela, you lah terpaling betul, dedah itu la ini la.

“Saya lupa, nak hadap penagih dadah bukan mudah, terlalu delusi. Saya rasa itu sesuai jadi gelaran baru untuk awak buat sementara waktu, peminat ganja?” katanya.

Terdahulu, Along terkejut apabila menerima bukti rakaman suara didakwa berkaitan kecurangan isterinya serta mendedahkan tiga punca yang menyebabkan jatuh lafaz taklik terhadap Afreena.

Sumber – mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 4-7-2025 01:18 AM
Rengsa pulak haku ngan mamat yg rase diri dia terpaling arrretis ni
Quote ezacbee 4-7-2025 06:10 AM
Payah klo kawen retis sendu.. acik2 keledeks pandang sepi je..
Quote menjad 4-7-2025 08:37 AM
Puas plak rasa dipanggil mat ganja tuh... Kemain salahkan ex bini padahal diri sendiri hauk giler... Baik lah bercerai dari jaga lakibtaik dada.

Dah ler pisahkan anak dari ibu. Dia ajer yg betul semua. Nyampah
Quote AKAZ85 5-7-2025 06:26 AM
Geram jugak tengok perangai pot head ni...tapi ex wife 1st tu pon kantoi tengah menjalang jugak dulukan...mungkin sebab tu dia tak bagi anak jumpa ex dia..tapi..tengok gaya ex dia jawab pon macam tak kisah pon anak tu tak dapat kat dia...zila tu kawen tak dengan mamat sama berlendir dengan dia dulu tu?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.028790 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top