CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wajah Disamakan Dengan Jefri Nichol, Boy Iman Imbau Zaman Muda - “Saya Pernah Dapat Hadiah Bra Dari Peminat”

2-7-2025 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1916| Komen: 36

 


Pelakon Boy Iman tampil memberikan respon apabila wajahnya disamakan dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol yang juga kekasih pempengaruh Ameera Khan.

Memetik Xtra, Boy berkata pada awalnaya dia tidak nampak ada persamaan namun dia mangakui ada sedikit persamaan selepas melihat satu hantaran Jefri.

“Masa mula-mula saya tengok tu, saya rasa tak berapa sama. Tapi ada sekali tu, saya tengok hantaran yang Jefri kongsikan di Instagram ketika dia berada di tandas. Saya rasa macam ada persamaan sikit, ada nampak macam saya di zaman muda ketika kurus,” katanya.


Sementara itu, Boy sempat mengimbas kembali zaman popularnya sehingga menjadi pelakon kegilaan remaja ketika di era 2000-an dimana dia menerima beribu pucuk surat dan hadiah.


“Zaman dahulu sangat berbeza. Saya pernah dapat beribu pucuk surat, hadiah, teddy bear dan paling teruk sekali saya dapat bra peminat. Saya sangat terkejut bila dapat bra tu,” katanya.

Mengulas mengenai wajahnya dibandingkan dengan Jefri dan ada yang mengatakan dia lebih kacak dari aktor berkenaan, Boy memilih untuk bersikap rendah diri.

“Saya tak rasa saya macam dia. Saya tak nak riak dan takbur. Saya ada baca macam macam komen, orang cakap saya lebih kacak berbanding Jefri.

“Bukan saya nak riak kerana ini semua pinjaman Allah. Cuma saya rasa saya tak sama dengan dia. Bagi saya dia lagi kacak, saya pula ketika di usia muda berbadan kurus, dia pula berbeza,” katanya.


Sumber – Xtra, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 2-7-2025 06:32 PM
So ameera kalau nak tau mcm mana rupa JN bila tua, boleh lah tgk dato iman ni
Quote bintangct 2-7-2025 06:44 PM
hahahahahahhahahah
dulu puriz kena
skg ni dia kena pulop
Quote lanse 2-7-2025 06:55 PM
Quote pocongkiutss 2-7-2025 07:07 PM
Haha dolu2 boy iman belon ni kira popular jugak walau kategori cap ayam[em:3:]
Quote Missterry 2-7-2025 07:16 PM
Edited by Missterry at 2-7-2025 11:28 PM

Ikmal Amry betul2 iras Jefri Nichol. Handsome bak hang
Quote I.K.A888990 2-7-2025 09:38 PM
sorang bakalan sebijik mcm raghad kursi ni pulak mcm boy iman..

sesuaiiii sgt haha
Quote A-Are 3-7-2025 08:19 AM
Dulu boy iman ni kategori jambu..zaman2 tgk CD dulu cerita bock 404 agak femes..
Quote kucingitam 3-7-2025 09:34 AM
ahah betul, jambu dia ni dulu masa blok 404 dan drama spektra.
Quote nordin84 3-7-2025 09:43 AM
dulu boy iman ni hensem nok..skrg je xjaga penampilan dan kelakuan tu jd hodoh
Quote newyork 3-7-2025 09:56 AM
Boy iman hensem sikit pada indon tu.
Quote amyfaha 3-7-2025 01:16 PM
Hansome lagi boy iman masa muda. Kah kah kah
Quote shernazz 3-7-2025 01:27 PM
Boy iman mmg comel.masa muda
Iols.pernah nampak dia kat leisure mall..itu jam.popular cite 404.tu...
Senyum.je..
Quote brunesss 3-7-2025 02:02 PM
kalau bapak AK indak restu dengan JN, boley try dato iman pula, manatau approve dpt title datin terus
Quote Piramida 3-7-2025 02:16 PM
Sama hehehe
Rugi lah boyyy ko beza zaman...
Kalau tak tangan ko boleh merayap ke budak tu.
Boleh merayap merata2 dunia jln sama2.
Quote BungaKencana 3-7-2025 02:24 PM
Missterry replied at 2-7-2025 07:16 PM
Ikmal Amry betul2 iras Jefri Nichol. Handsome bak hang

ni betul i setuju bangat!
Quote supernaturalee 3-7-2025 02:43 PM
boy ni zmn muda mmg can-do
tp bila bkk mulut...mmmmmmmmmmmmm


Quote beatgirlX 3-7-2025 02:48 PM
Missterry replied at 2-7-2025 07:16 PM
Ikmal Amry betul2 iras Jefri Nichol. Handsome bak hang


Dia hensem lg kot.. Plus tinggi pun yer dr JN ni.. Hahaha
Quote naina 3-7-2025 02:52 PM
Low classnya citarasa Ameera Khan yang perasan class level up. Uuewwww. Serendah maruah dia camtu je dipertontonkan kat public.
Quote Zeatyisaac 3-7-2025 03:08 PM
Company saya dulu pernah jemput Boy Iman dan AC Mizal buat performance. Zaman awal2 millennium dulu. Seribu sorang je. Yang penting artis. Yang mahal, Anuar Zain. Sekali je jemput.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034499 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top