CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Anugerah Ini Tidak Buat Saya Rasa Terbeban Sebaliknya Dihargai" - Fasha Sandha Syukur Terima PJB, Tak Terfikir Gelaran Datuk

2-7-2025 08:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 700| Komen: 5

 


Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dikurniakan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada 26 Jun lalu.

Memetik Oh Bulan, Fasha menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai hadiah serta penghargaan terbesar pernah diterimanya, serta beranggapan rezeki buat keluarganya.


“Saya masih banyak kelemahan berbanding kelebihan tetapi apabila menerima pengiktirafan sebegitu, saya syukur.

“Saya syukur sebab pengiktirafan itu jarang diberikan oleh pihak istana jadi memang satu perkara yang tidak pernah dijangka, itu kurniaan yang paling tinggi saya pernah dapat,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata dia tidak mahu berlebihan mengenai penanugerahan tersebut kerana bimbang ianya disalah erti serta banyak lagi perkara perlu diperbaiki olehnya. 

“Saya amat berbesar hati dengan penganugerahan itu dan insya-Allah menyuntik semangat untuk menjadi orang lebih baik. Saya pun banyak lagi benda perlu diperbaiki berbanding kelebihan,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha berkata terlalu jauh untuk memikirkan perkara itu apabila ditanya mengenai gelaran Datuk serta menyifatkan ianya terlalu berat.

“Anugerah ini tidak buat saya rasa terbeban sebaliknya dihargai. Anugerah ini juga mungkin disebabkan saya dibesarkan di Perlis walaupun saya dilahirkan di Johor.

“Terlalu jauh nak jadi ikon negeri Perlis, ramai lagi orang yang lebih layak tetapi ini satu kenangan yang manis, Alhamdulillah. Gelaran datuk? Terlalu berat dan tak pernah terfikir, tiada komen tentang itu,” katanya.

Sumber – Oh Bulan,Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 2-7-2025 09:27 PM
Kalau dia ni pun dapat Datuk satu hari nanti, tak terkata apa dah
Quote babelina 3-7-2025 10:09 AM
tahniah Fasha nk sandar.. moga sukses lg..
Quote LembingDayanti 3-7-2025 10:12 AM
kenapa org happy fasha dapt award ni tapi kat Rita korang perli2 dia ek???? padahal anugerah yg sama event yg sama!!
Quote cmf_PariS 3-7-2025 10:20 AM
LembingDayanti replied at 3-7-2025 10:12 AM
kenapa org happy fasha dapt award ni tapi kat Rita korang perli2 dia ek???? padahal anugerah yg sama ...

by right rita lebih relevan sbb dia anak kelahiran jati perlis hehe.. fasha hanya membesar 12 tahun... tp rezeki la tu... pingat paling biasa2 saja..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.047822 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top