Anak sulung usahawan terkenal, Kak KM iaitu Nabila Razman membidas komen netizen yang memburukkan nama ibunya dalam perkongsian terbaru di TikTok. Menerusi hantaran tersebut, Nabila dilihat mengenakan pakaian ‘crop top’ putih berlengan pendek sambil membuat gerakan bibir menyanyi lagu, sekali gus menarik perhatian ramai. Namun, video itu turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan penampilan Nabila terlalu terdedah apatah lagi pakaian yang dipakai memperlihatkan bahagian perut dan pusatnya. Individu terbabit turut memetik nama Kak KM, dengan menyindir kononnya usahawan sensasi itu kini tiada geng untuk ‘beraksi’ di rumah selepas Nabila berpindah ke Singapura.
Bagaimanapun, Nabila memberi respons berkata tidak perlu mengaitkan nama ibunya dalam setiap perkara yang dilakukan. Tak perlu sebut nama mak aku la orang tua. Dalam pada itu, tinjauan OhBulan! mendapati komen tersebut sudah dipadam oleh Nabila. Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, netizen menasihatkan Nabila supaya menjaga diri di negara orang memandangkan dia akan memulakan kerjaya di tempat baharu tanpa keluarganya. Komen netizen Sumber – Oh Bulan |
KamikuP replied at 3-7-2025 10:21 AM
mEOLLS speku tak lama je dia keje airlines tu.. gitu meolls mencemuh
KamikuP: mEOLLS speku tak lama je dia k ...
ADVERTISEMENT