Tidak mahu terikut-ikut dengan trend penciptaan publisiti murahan atau pemasaran viral yang menjatuhkan maruah, pelakon, pengacara dan usahawan Zoey Rahman memilih jalan berbeza dalam memperkenalkan jenama miliknya, Luna Clara. Mengambil langkah berani, Zoey melaburkan hampir RM100,000 untuk mewujudkan sebuah studio berkonsepkan mini mart & café berinspirasikan elemen retro dan pastel, yang direka khas untuk sesi siaran langsung dan interaksi bersama peminat. Jom main masak masak sambil packing parcel . Itu idea yang terkeluar dari kotak fikiran saya sewaktu memikirkan bagaimana bentuk interaksi dan cara marketing berbeza yang perlu saya lakukan untuk baby baru saya Luna Clara. Selain aktif sebagai pelakon dan pengacara, Zoey sudah mula menceburi bidang perniagaan sejak hampir 10 tahun lalu, ketika masih bergiat dalam dunia hiburan.
Saya membuat persediaan awal sewaktu masih aktif dalam dunia hiburan kerana saya memikirkanapa akan jadi pada masa depan. Corak pemasaran kini sangat berbeza sewaktu saya memulakan perniagaan dulu. Setiap hari akan ada sahaja pembaharuan dalam sistem online. Kalau terleka atau terlambat sikit sure kita akan ketinggalan. Zoey turut berkongsi keterujaannya apabila studio yang dibina menerima reaksi luar biasa daripada para penonton. Malah, ada yang menyangka dia menggunakan teknologi seperti green screen dan AI, sedangkan semuanya adalah set fizikal sebenar. Ramai yang menyangka saya menggunakan green screen, Ai dan macam macam lagi. Sedangkan semua props di dalam studio ini adalah peralatan yang sebenar . Rata rata dari pengikut yang menonton live saya akan request dan tunggu saya mula main masak masak. Selepas kejayaan jenama Mikaseries yang bertahan hampir satu dekad di pasaran, kini tiba masanya untuk Zoey memperkenalkan satu lagi produk baharu di bawah syarikatnya, jenama Luna Clara, yang memberi fokus kepada penjagaan badan. Untuk Luna Clara saya tak mahu ke depan. Tetapi biarlah Ratu hati saya yang menjadi daya penarik. Insya-Allah sikit masa lagi saya akan umumkan siapa kah Ratu hati saya itu. Sumber – Oh Bulan |
ADVERTISEMENT