CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khairul Aming Tak Lari Dari Masalah, Hadap Stres Tanpa ‘Short Vacay’

2-7-2025 09:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3001| Komen: 38



Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsi caranya mengatasi masalah dan tekanan hidup sepanjang menjadi pencipta kandungan.

Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman, menyatakan bahawa dia tidak suka lari dari masalah.


Ujarnya, selagi masalah atau tekanan belum diselesaikan, dia tidak akan tenang.

Saya tak suka lari dari masalah.

Kalau ada masalah, tiba-tiba pergi bercuti. Saya tak suka.

Saya akan berdepan dengan masalah. Kalau stres, saya selesaikan segera.

Saya jenis yang kalau belum selesai, saya tidak akan bertenang. Jadi, nak tak nak saya paksa untuk diselesaikan.

Dalam pada itu, usahawan berusia 32 tahun itu sempat menitipkan pesanan agar sentiasa berani berhadapan dengan masalah.

Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bungalisa 3-7-2025 08:53 AM
masalah kalau lari tak akan settle... kalau nak bercuti selesaikan masalah dulu.. barula percutian happy...
Quote Duta lover 3-7-2025 09:01 AM
Hmm sebenarnya bila kita terpaksa hadap jugak masalah tu...baru sedar takdela seteruk yg disangka. Besfren aku slalu ckp.. semuanya akan jadi baik. Kalau belum baik.. maksudnya belum berakhir. Hehe
Quote per706 3-7-2025 09:05 AM
Duta lover: Hmm sebenarnya bila kita terpa ...


Part "belom berakhir" tu pedih perut la jugak membacanya
Quote cm_vungtau 3-7-2025 09:21 AM
Pergi bercuti bukan untuk lari dari masalah derr. Untuk pergi recharge, tengok tempat orang. Kalau banyak sangat masalah dalam bisnes maknanya ko tak pandai delegate kerja dikk
Quote marchikobonzo 3-7-2025 02:11 PM
Betul tu. Settle semua problem, baru boleh buat benda lain
Quote aint 3-7-2025 06:13 PM
bercuti2 takkan  settle masalah... so settle dulu masalah, then br cuti2 ... kira happy ending
Quote soy_beans 3-7-2025 06:18 PM
Bercuti tu utk lega kan otak. So that problem akan dpt diselesaikan dlm keadaan otak yg lebih stable. Tp idokla bcuti smpai tambah lg masalah bru.
Quote Minami2013 3-7-2025 06:39 PM
Masalah kalau berkaitan kewangan dan teknikal, mmg patut selesaikan atau cari jalan penyelesaian. Selain drpd tu, lebih2 lagi berkaitan emosi, mungkin bercuti dpt lapangkan fikiran utk hadap masalah tu nanti.

Tapi jgn tak percaya, org masalah kewangan pun boleh je tunjuk pergi holiday happy2 sebab law kat dunia ini ada hutang yg boleh je di elakkan utk bayar.
Quote ninja boy 3-7-2025 07:05 PM
Ala sis artis cerai2 terus pergi umrah tokyo london duit banyak
Quote bottombikini 3-7-2025 07:08 PM
balik dari bercuti pun masalah tak selesai juga
kena la hadap hujung2 pun
Quote Zeelalala 3-7-2025 09:34 PM
I sejenis apapun masalah, i cuba bertenang sebaik mungkin dan selesaikan. Sbb tu sebesar mana pun masalah i yg org2 sekeliling nampak, i tetap chill2 je dan org pun pelik, ko xde perasaan ke? . Sbb kita kene bertenang, settle masalah satu2 then dah settle baru boleh cuti enjoy semahunya.
Quote Hoola 3-7-2025 10:10 PM
my idola
abam KA
Quote sayawifenikmie 3-7-2025 10:27 PM
.... boleh je cuti2 before and after selesaikan masalah  

asak tak nak kahwin ke KA ?
seronok tau kahwin ni ... ada jeluarga .. ada tanggungajawab ke atas anak isteri / suami
tiber
Quote doubleA 3-7-2025 10:56 PM
Betul la masalah kalau lari bila nak selesai? So selesaikan and move on
Quote Shayang 3-7-2025 11:41 PM
aint replied at 3-7-2025 06:13 PM
bercuti2 takkan  settle masalah... so settle dulu masalah, then br cuti2 ... kira happy ending

Ha kan aku pun tak suka cuti dulu
Cuti nih kira cam reward lepas dah setel semua masalah aku nk pi cotii haahah gitu laa
Quote irvene 4-7-2025 08:08 AM
alah alah. bila abang bottom berkata kata.
Quote menjad 4-7-2025 08:25 AM
Betui
Jgn harapkan org selesaikan masalah atau biar masalah smpai tak terkawal. Hujung2 depress pun tetapkan salahkan org jugak. Ramai manusia yang macam itu.
Quote MatDeghem 4-7-2025 08:32 AM
Kemana ko pegi holiday...ke gunung Tibet pun...masaalah ko akan ikut ko sama selagi ko tak selesaikan.
Melainkan ko masuk ......... lepas masaalah duniawi. Tapi bersedia pulak masaalah di sana.

Quote farralemkova 4-7-2025 10:55 AM
aku dulu bru masuk keja
aku buat silap yang mnyebabkan semua report kena tarik n print balik....
lepas tu bos pggil dia x marah cuma dia pesan lain kali double check...
aku masuk toilet memangis rasa mcm bodoh sangat..

sekarang klau ada masalah aku rilek ja...
sebab semua masalah ada ja penyelesaian dia...
cuma kita kena jujur

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.072917 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top