|
Baru-baru ini, anak kepada usahawan dikenali ramai, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B telah menjadi perhatian ramai selepas mendedahkan pendapatan bulanannya melebihi RM500,000. ‘Income’ sebulan lebih RM500,000 Namun begitu, dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok Adalyna, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin enggan mendedahkan secara terperinci jumlah sebenar pendapatannya. Kata Cik B dalam perkongsian yang sama, dia memang memasang impian untuk bergelar usahawan berjaya satu hari nanti dan menitipkan pesanan buat anak muda untuk bersungguh-sungguh mengejar impian masing-masing. Perlu sentiasa ‘push’ diri kita untuk bekerja kerasa walaupun kita tidak suka perkara itu. Perlu cari minat masing-masing.
Golongan Gen Z tak pemalas tapi.. Dalam pada masa yang sama, Cik B turut memberi pandangannya mengenai stigma masyarakat yang merasakan kebanyakan golongan Gen Z pemalas. Saya rasa banyak faktor termasuk masalah kesihatan mental. Tetapi tidak boleh nak salahkan benda itu seratus peratus. Mungkin ada yang malas disebabkan cara hidup mereka. Sumber – Beautifulnara |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-4-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.087702 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.