CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Rezeki itu luas tapi curi hasil orang, memang takkan berkat’ - Noraniza Idris

4-7-2025 08:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 723| Komen: 9

 


Penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa kecewa apabila produk makanan jenamanya menjadi mangsa peniruan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 57, tindakan tidak beretika segelintir pihak yang meniru rupa dan nama produk murukunya, Che Ani Premium bukan sahaja mengecewakan, malah ibarat memperlekehkan usahanya dalam membina jenama.

Saya berusaha membina jenama ini dengan penuh kasih dan komitmen. Bila ada yang sewenang-wenangnya meniru, bukan sekadar menciplak produk seolah-olah menciplak perjuangan saya.

“Kalau nak ikut jejak saya, ikutlah dengan cara yang betul, bukan ambil jalan pintas dengan meniru rupa dan nama produk kami.

“Rezeki itu luas, tapi kalau cari rezeki dengan mencuri hasil titik peluh orang lain, itu bukan cara yang berkat,” tegasnya yang juga pengasas Che Ani Premium.

Susulan insiden terbabit, pelantun lagu Dikir Puteri itu merancang untuk membuat perubahan pada produknya bagi mengelakkan kekeliruan.

Disebabkan produk kita diciplak, kami rancang untuk tukar bentuk muruku dan pembungkusan baharu. Tapi kos pembungkusan baharu sangat tinggi, jadi kami habiskan stok lama dahulu.

“Walaupun bentuknya masih panjang-panjang dan jenis jejari, berat dan rasa tetap sama. Malah, kami akan pastikan rasa lebih sedap dari sebelumnya,” ujarnya.

Sebelum ini, Kak Ani pernah dituduh meniru idea pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, namun memaklumkan pembungkusan muruku miliknya adalah sebagai usaha menghargai warisan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-7-2025 09:10 PM
Tu kuku asal ke kuku tepek?


Quote lanacondor 4-7-2025 09:13 PM
Benda mcm ni mmg biasa. Tgk la khairul ameng punya sambal nyet tu siap ada yg copy bulat2. Ada jumpa haritu org jual sambal. Siap ckp eh sambal ni lagi awal jual Dari khairul ameng.
Quote Zeelalala 4-7-2025 09:22 PM
Makcik ni dah x relevan. Next!
Quote sayawifenikmie 4-7-2025 09:34 PM
amboii acik ani
kuku tuuuu
Quote cikatilia 5-7-2025 08:51 PM
The maruku nampak riddicolous and sikit. Ramai gak complaint xsedap sikit hangit xde rasa dsb.
Quote sleepandream 5-7-2025 09:17 PM
mana dia yang tiru tu tengok sikit... ye ye jekkk
Quote dua_chzy 5-7-2025 10:23 PM
lanacondor replied at 4-7-2025 01:13 PM
Benda mcm ni mmg biasa. Tgk la khairul ameng punya sambal nyet tu siap ada yg copy bulat2. Ada jumpa ...

Memang betul la kot sambal penyet tu lagik awal jual dari KA dah asal pun dari Ndon, tapi nama sambal nyet tu memang trademark si KA.
Quote prince_marhaen 7-7-2025 09:12 AM
APEEEEE SIAKKKK...muruku je punnnnnnn... hahahahaha.. aci aci kedai runcit dah lama jual muruku timbang kilo ye, esp dekat ipoh tu... pelbagai jenis dan bentuk dan rasa... kau pulak jual acah2 exclusive macam jual brownies jual kek ye...macam dia cipta resepi.. pooodahhhhh!!
Quote BungaKencana 7-7-2025 09:14 AM
nape ni cik... ddk jela diam2 main dgn cucu.. acik kalau gian nk nyanyi, nyanyi jela kt rumah psg set kalaoke tu..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043407 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top