CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dah Lama Pasang Niat Untuk Berubah” – Natasha Hudson Kembali Berhijab

4-7-2025 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2330| Komen: 36

 


Penampilan pelakon Natasha Hudson yang dilihat kembali berhijab mendapat perhatian netizen di media sosial.

Memetik Harian Metro, Natasha berkata kematian sentiasa menjadi peringatan buat dirinya untuk bermuhasabah diri untuk berubah.

“Umur kita semua pun pendek. Rasanya kematian selalu memberikan saya muhasabah diri untuk berubah,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 42 tahun itu berkata dia sudah lama memasang niat untuk kembali berhijab dan keputusannya itu untuk bertudung tiada paksaaan.

“Alhamdulillah, sebenarnya, saya sudah lama memasang niat dalam lubuk hati ini untuk berubah. Tanda-tanda itu memang sudah ada tapi saya tidak rancang dan ia berlaku dengan sendirinya tanpa paksaan.

“Saya juga banyak berdoa pada Hari Arafah tahun ini dan pada hari lahir anak saya, Kaia pada 6 Jun lalu. Saya juga minta anak-anak dan kawan baik untuk doakan kerana sistem sokongan sangat penting,” katanya.


Dalam pada itu, Natasha berkata orang sekeliling banyak memainkan peranan dalam membantunya bermuhasabah diri.

“Orang yang berada di sekeliling banyak membantu saya muhasabah diri kita sebagai hamba Allah SWT yang lemah. 

“Kalau kita tidak ‘audit’ diri tak mungkin terbuka juga tapi kita hanya mampu berdoa untuk merendahkan diri, berserah, memaafkan orang dan diampunkan Allah. Bila Allah gerakkan hati kita hanya dengan satu jentik tapi seribu makna,” katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 5-7-2025 12:06 AM
Okay. Btw, nampak bahagia she dgn laki skrg. Hihiii. Sesuai sgt
Quote sharlenetexas 5-7-2025 12:12 AM
Sheols cantik pakai turban leher jinja g. Mungkin masih belum ada kedut2 ropol2 kat leher yang ketara.


Quote heythere123 5-7-2025 12:39 AM
tengok sheols, time nak pakai dia pakai, time nak buang dia buang je la

takde gedik nak merintih dekat threads bagai
Quote pocongkiutss 5-7-2025 12:49 AM
CurangLagi replied at 5-7-2025 12:06 AM
Okay. Btw, nampak bahagia she dgn laki skrg. Hihiii. Sesuai sgt

Ala dgn laki2 sebelum ni pun nmpk bahagia juga jah
Quote Piramida 5-7-2025 06:49 AM
Bkn kali pertama ....
So kita enjoy2 le lah masuk telinga kanan keluar telinga kiri dengar statement dia ni...
Quote Akalditipumata 5-7-2025 07:29 AM
Modal pusingan masuk news hiburan..
Quote anggeriklatifah 5-7-2025 09:32 AM
Cantik sheols walau 5-6kali kahwin
Rilek2 je hidup dia sekrng..hidup sederhana je..
Rumah sheols sederhana ikut kemmpuan suamii
Quote katnissE 5-7-2025 09:37 AM
Minah ni stay relevant dengan kisah pakai tudung bukak tudung kahwin cerai je la kan
Quote evlinne 5-7-2025 10:06 AM
Dah baik ke bipolar dia ni??
Btw sheols x nampak mcm 40an. Cantik mmg cantik tpi seram sbb hidup asek kira kepala laki
Quote Incanto 5-7-2025 01:51 PM
Bertudung  or free hair she tetap cantik
Quote aina_shaira 5-7-2025 01:52 PM
Dia cantik…
Quote aina_shaira 5-7-2025 01:53 PM
Effortless tetap cantik…even shawl dia pakai tu biasa je, tak Payah Buat style pelik pelik tetap menonjol dari bbnu zaman sekarang
Quote Aneem 5-7-2025 02:36 PM
Buat tudung mcm pakai bra.
Pakai bila perlu.
Tp dia ni tak penah lak post terpaling wpun pernah berniqob.  
Sbb dia tau kot iman dia pasang surut.
Quote sharlenetexas 5-7-2025 02:43 PM
Sheols walaupun jadi beach girl muka tak nmpk haggard mcm zahnita. Umur pun lebih kurang.


Quote pocongkiutss 5-7-2025 03:36 PM
Aneem replied at 5-7-2025 02:36 PM
Buat tudung mcm pakai bra.
Pakai bila perlu.
Tp dia ni tak penah lak post terpaling wpun pernah ber ...

Bukan mcm pernah ke..dolu2
Quote Minami2013 5-7-2025 03:39 PM
Moga istiqamah...
Quote Minami2013 5-7-2025 03:43 PM
sharlenetexas replied at 5-7-2025 06:43 AM
Sheols walaupun jadi beach girl muka tak nmpk haggard mcm zahnita. Umur pun lebih kurang.

Baca komen u, terus google umur.. Natasha 42, tua sikit drpd zahnita, 40.. ingatkan zahnita yg lagi tua
Quote aina_shaira 5-7-2025 03:45 PM
sharlenetexas replied at 5-7-2025 02:43 PM
Sheols walaupun jadi beach girl muka tak nmpk haggard mcm zahnita. Umur pun lebih kurang.

Mungkin beliau dapat nutrisi mencukupi
Quote aina_shaira 5-7-2025 03:46 PM
Minami2013 replied at 5-7-2025 03:43 PM
Baca komen u, terus google umur.. Natasha 42, tua sikit drpd zahnita, 40.. ingatkan zahnita yg lag ...

Zani lahir tahun 1985

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.033132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top