CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad lantang tegur netizen

8-7-2025 09:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3299| Komen: 48



Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil menegur segelintir netizen yang didakwanya suka mengumpat dan menyebarkan fitnah secara terbuka di media sosial.

Menurut Uyaina, beberapa individu yang meninggalkan komen berbaur sindiran dan tohmahan terhadapnya bertindak memadam komen serta menyahaktifkan akaun masing-masing selepas dia menegur perbuatan itu secara terbuka.

"Selepas kejadian semalam, masing-masing memadam komen dan menetapkan akaun kepada mod peribadi atau menyahaktifkannya. Semuanya lari bertempiaran seperti lipas kena sembur," tulisnya menerusi satu hantaran di platform Thread.

Ujarnya, budaya mengumpat secara terang-terangan dalam media sosial menjadi satu kebiasaan dalam kalangan netizen kerana mereka beranggapan tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh individu yang menjadi sasaran mereka.

"Apa yang saya dapat simpulkan di sini, mereka yang berani mengumpat orang lain secara terbuka di media sosial merasakan mereka akan sentiasa terlepas tanpa sebarang tindakan.


"Mereka rasa individu yang menjadi sasaran umpatan itu tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan tidak akan mendedahkan siapa mereka.

"Perkara ini kemudiannya menjadi satu kebiasaan dan kebudayaan yang menyeronokkan kerana ramai yang turut serta dalam perbuatan itu. Inilah yang dipanggil sebagai budaya 'woke'," tulisnya.

Mengulas lanjut, Uyaina berkata budaya menyarankan artis dan figura awam untuk terus berdiam diri atau 'tidak melayan' kecaman dan tohmahan juga menjadi faktor yang menggalakkan sikap biadab dalam kalangan netizen.

"Mungkin kerana kita sudah biasa dengan nasihat seperti 'biarkan saja' atau 'abaikan saja mereka yang membenci'. Malah, ada yang berkata, jangan jadi artis kalau tidak kental.

"Namun, adakah menjadi seorang artis atau figura awam bererti perlu menerima segala bentuk buli dan penyalahgunaan secara dalam talian? Dan adakah kita akan dilabel sebagai 'koyak' atau 'melatah' sekiranya kita memberi reaksi?.

"Saya tidak mengatakan nasihat ini salah kerana banyak juga manfaatnya demi kesejahteraan mental. Saya sendiri sudah lama mengamalkan sikap tidak melayan kecaman sepanjang kerjaya saya dan ia benar-benar menenangkan.

"Namun inilah juga yang menyebabkan kumpulan kaki mengumpat ini semakin berani kerana tiada sesiapa yang menyanggah atau menegur mereka," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Uyaina turut mendedahkan terdapat individu yang mendakwa kononnya suaminya bekerja sebagai pegawai bank dan pernah menguruskan permohonan pinjaman atas nama Uyaina, sambil melabelnya sebagai selebriti yang sombong.

"Ada yang mengatakan suaminya seorang pegawai bank dan pernah menguruskan permohonan pinjaman saya. Malah, individu itu turut menyatakan saya bersikap sombong mengalahkan Datuk dan Datin.

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman sepanjang hidup saya. Jadi, sama ada wanita itu menipu atau suaminya yang menipu. Ini adalah satu bentuk fitnah yang mencemarkan reputasi saya.

"Apabila saya menegurnya secara langsung dan meminta nombor telefon serta butiran suaminya, individu itu terus memadam komen. Ternyata dia takut," katanya.

Susulan itu, Uyaina menyeru agar masyarakat mula membiasakan tindakan untuk menegur dan menuntut penjelasan secara bersemuka dalam ruang siber sebagai satu bentuk pengajaran kepada mereka yang suka menabur fitnah.

Tambahnya lagi, dia kini lebih memahami mengapa ada segelintir selebriti yang bertindak keras terhadap netizen yang melampaui batas sehingga menyebabkan tekanan emosi.

Tindakan Uyaina itu menerima pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakan mereka menyokong ketegasannya dan berpendapat selebriti juga mempunyai hak untuk mempertahankan maruah diri.


Sumber: Harian Metro
 

 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-7-2025 09:55 PM
Next mucang dan kaki.


Quote Justsha 8-7-2025 10:52 PM
tapi iols pun kurang sikit dia mengacara.. mcm over abit and tak elegant.
Quote amyfaha 9-7-2025 12:12 AM
Overrrrrrr dari segala hal. Yg nice cuma nama dia. Lain sume overrrrr
Quote Zeelalala 9-7-2025 12:30 AM
Xtau kenapa iols x suka dgn dia ni, mcm terpaling. Next!
Quote Manusiabesa 9-7-2025 01:45 AM
Ni lagi sekor. Mangkuk ayon. 24jam meroyan ngalahkan ibu besalin meroyan xdpt kotey.
Serupa la diri tu hot sgt. Serupa la diri tu lawa sgt. Sanggop travel turki setahun 300x. Semata2 nk ke sana dan posing acah2 mcm dia tu lokal turki la kan . Chait. Muka mcm senduk sup . Kening pn dh mcm ulat beluncas........
Quote Piramida 9-7-2025 05:39 AM
Edited by Piramida at 9-7-2025 06:15 AM

Tak pernah minat dia ni..
Meluat lagi ada....
Quote Carcosa 9-7-2025 07:28 AM
Aku menyampah betul dgn si huduh ni. Vibe acah2 terpaling pandai, terpaling classy, terpaling atas.
Muka dahla taraf B40. Muka lower grade. Lagi mau terpaling. Dia ni bangsa kalau satu class, msti jenis poyo duduk depan sekali, tolong bwk kan buku2 cikgu, nak jadi ketua darjah, ketua pidato, ketua bola jaring, semua dia nak. Bangsa kalau duduk hostel, satu dorm, dia nak katil paling depan, kalau time prep (study) dia yg dok "shhh! Shhh!" dkt other student, jenis yg report warden kalau ada yg nk tuang prep, muka ni lah!! Muka takde org suka, takde org nk kawan. Muka yg menjengkelkan. Muka taik.
Quote MatDeghem 9-7-2025 07:41 AM
bagus!
kamu confront direct dgn acik2 puaka netijen nie....
Confront politely. mereka akan sendiri malu.

Jangan bagi ruang pada mereka , yang konon mereka kenal retis luar dalam, yang mereka harus di happykan oleh retis.
mesti ikut kemahuan mereka.

Kamu tak akan dapat puaskan puaka2 ini. kerana kehidupan mereka menyedihkan.





Quote sapeka 9-7-2025 07:44 AM
I dont like her
Macam nak tell the world i am the genious one in the world
Miss know it all kind of
Quote heythere123 9-7-2025 07:57 AM
masalahnya apa yg netizen point out pasal cara mengacara sheols tu betul. Tapi ada nampak dia nak improve after more than 5 years jadi mc? nope
Quote heythere123 9-7-2025 07:58 AM
pastu sikap sheols yg beria bercakap bila ada satu isu macam dia la pakar dalam bidang tu? yang tu ko tak rasa nak reflect pulak
Quote babelina 9-7-2025 10:26 AM
sbrnya aku sendiri x fhm napoe aku x suka dia.. mcm xde rasa nk tgk dia la.. x best dia nie.. semcm yg poyo n btl saje..
Quote seri_mawr 9-7-2025 10:38 AM
dia ni cantik...tp x berapa nak minat dia...dia jadi host tak best...
tak rasa nak tgk mcam zaman normala samsudin jadi host..rasa nak duk depan TV...normala samsudin baca berita pun rasa nak duk depan TV je....
Quote BungaKencana 9-7-2025 10:41 AM
knp aku rs dia ni makin menjadi2 lps kawen.. sbb laki kau kerabat ke?
Quote KamikuP 9-7-2025 02:51 PM
Patut pengacara popular ABPH dapat kat Kak Kepom, bukan dia.. undi sendiri letew.. ekekekke puik
Quote hyie 9-7-2025 05:43 PM
sheols ok je mengacara Meletop. Maybe netizen kurang suka sebab ada vibe acah2 bagus atau mungkin boleh kata versi perempuan Alif Satar sebelum kahwin..agituuu
Quote mrseller 9-7-2025 07:54 PM
Manusiabesa replied at 9-7-2025 01:45 AM
Ni lagi sekor. Mangkuk ayon. 24jam meroyan ngalahkan ibu besalin meroyan xdpt kotey.
Serupa la diri ...

Jap lepas solat maghrib aku gelak baca komen ko nih hahaha
Quote hmmlantakko 9-7-2025 10:55 PM
Carcosa replied at 9-7-2025 07:28 AM
Aku menyampah betul dgn si huduh ni. Vibe acah2 terpaling pandai, terpaling classy, terpaling atas.
...

tp aku tgk dia ni cantiklah jgk
Quote mawarberbisa 9-7-2025 11:15 PM
ingatkan aku sorang jer berhati hitam sbb tak suka dgn dia ni. muka keras kepala, perasan bagus.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.222893 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top