CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Dharma Harun terkejut disuruh berhenti belajar, cari kerja

8-7-2025 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13816| Komen: 271



Anak kedua pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, meluahkan perasaan kecewa apabila masih ada pihak mempertikai tindakan dia dan kakaknya, Siti Qurratu Aini, 37, yang masih belajar di saat ayah mereka diuji dengan sakit dan tiada pendapatan.

Paling mengecewakan apabila individu yang pernah berjanji mahu membantu mereka, menempelaknya apabila dihubungi baru-baru ini.

"Individu terbabit pernah datang menziarah ayah sebelum ini dan beri nombor telefonnya. Dia kata kalau ada apa-apa masalah hubungi dia.

"Jadi apabila keadaan kami terdesak disuruh berpindah rumah sewa oleh pemiliknya hujung bulan ini, saya pun hubungi dia seperti kata-katanya untuk mohon bantuan.

"Tapi agak menyedihkan apabila dia menempelak saya dan kata saya dah patut berkerja untuk cari wang dan bukan terus belajar. Memang saya terkejut jadinya," katanya kepada Harian Metro.




Syafiq berkata, dia dan kakaknya mahu terus belajar dan selepas ini mahu mencari pekerjaan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama bapa mereka.

"Saya baru tahun pertama dalam Fakulti Penulisan Kreatif dan filem (FPKF) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Tapi dah selesai semester satu dan dua. Selepas ini saya akan selesaikan semester tiga hingga lima.

"Kakak saya juga pelajar Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA. Dia tinggal satu semester lagi iaitu semester lima kemudian enam (Latihan Industri). Tahun depan dia dah start kerja.

"Sikit sahaja lagi tinggal tiga bulan sahaja. Takkanlah dia nak kena berhenti? Tolonglah bagi sikit ruang. Kakak saya dah nak tamat belajar pun. Tolonglah bagi sikit lagi sokongan," katanya yang turut bekerja secara sambilan.

Menurutnya, prestasinya di ASWARA sekarang amat bagus dan mukanya asyik terpampang di sana. Jadi amat merugikan sekiranya dia berhenti belajar.

Terdahulu, ayahnya Dharma, 69, semasa menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave baru-baru ini berkata, dia tidak tergamak menyuruh dua anaknya tinggalkan pengajian dan bekerja.

Sumber: Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote youell 8-7-2025 10:02 PM
Lahhhh.. Anak2 dah kertu juga. Ingatkan baru lps habis sek men.
Quote HaliaClan 8-7-2025 10:06 PM
Sementara kakak kau nk habis belajar dik, kau postpone la dulu, pi keje cari duit, jgnla selfish sgt, nanti kakak kau dh keje, kau gi la sambung belajar since kau cemerlang kan... tak susah pun...
Quote CikHasanah 8-7-2025 10:11 PM
Perlu satu sesi brainwash dari DMA ISLAM.
Quote doubleA 8-7-2025 10:16 PM
Degil sombong, pastu harapkan org lain tanggung hidup korang apo. Dunia ni keras org lain berlambak kerja sambil belajar
Quote TeropongThaico 8-7-2025 10:19 PM
Org tu pun ada family sendiri kot nak kena tanggung
Mmg le dia ckp sedia bantu tp kalau dah sampai tahap perlu menyara mcm anak sendiri sapa nak
Gi la kawtim utk postpone belajar ke minta tukar ke pjj ke mcm mana
Kalau dah pelajar cemerlang mesti aswara sudi tolong mana yg patut
Quote sharlenetexas 8-7-2025 10:26 PM
Kakak dia study penulisan kreatif takkan takde side job buat copywriting ke? Jadi reporter CARI ke.

Quote BlackpingU 8-7-2025 10:28 PM
Giler arr ...masih mengharap org sara hidup dia
Quote epal21 8-7-2025 10:31 PM
Kakaknya muka macam dah ada anak satu. Umur nak dekat 40 tahun ni, rentikanlah amik kos yg bukan2. Betul ke diorang ni ikon aswara? Pensyarah puji2? Ke syok sendiri jer. Kalau kerja kerani pun rasanya dah berkepik juga kwsp masing2. Korang tu bukannya myda lagi, cubalah berfikir dengan matang.
Quote red_velvet 8-7-2025 10:44 PM
Kitorang ni lagi terkejut ko yang dah tua renta nak masuk 40an sibuk juga nak belajar full time walhal bapak dah tak mampu nak menanggung .. Sampaikan pergi balik kelas pun bapak kena hantar.. Potong ajelah sosej mu itu jadi santapan stray dog sana
Quote shida81 8-7-2025 10:48 PM
Selfish gile.. Nk org support dia....
Quote MissDiane 8-7-2025 10:52 PM
Edited by MissDiane at 8-7-2025 10:53 PM

Seriously ahhh? Umur dah tua bangka masing2 almost 40 kot, takkan lah tak habis belajar lagi. Ayah tu pun dah uzur. Tolonglah cari kerja. Jangan nak harapkan orang lain sara hidup. Masing-masing struggles ye nak cari duit untuk family. Ni kau senang2 je nak minta bantuan wei. Tak faham cheq
Quote imransulaiman 8-7-2025 10:57 PM
Pindah rumah ppr tak boleh ke? Tuan rumah tu nak kesian sampai tahap macam mana lagi yang dorang nak???
Quote lanacondor 8-7-2025 11:01 PM
Harap ada pihak la bwk bpk dia dduk rumah org tua2. Anak dia ni pandai2 lah korg hidup
Quote Aribaariba 8-7-2025 11:03 PM
At umor above 35+ni, nbukannya ko tgh nak abiskan study lepas tu jadi pakar bedah pun! Itu ada le jugak gunanya rawat jantung tersumbat acik2 forum
Ni jd geng2 retis je punnnnnn!! Melebarkan sayap ke indon pun takde Nye...ke, nak terus migrate Hollywood kerja di belakang tabir? Heheehehe
Quote ina_na 8-7-2025 11:17 PM
Kalo x nak berhenti belajo,abis kelas p la bt keje part time.kat KL tu lubuk keje ..p la keje kat 7e ke,kk mart ke,ambik shift malam...kat tempat iolss ni ade budak form 6 buat part time keje kat pasaraya...Ade yg bt part time kat kedai eco... kwn anak iolss br form 4 pun ramai yg bt part time..Ade yg petang2 p keje kat carwash,Ade yg keje jual buger..sebulan dpt 1+++ gak...kwn iolss duk kat KL hujung minggu anak dia p keje ikut catering...katanye sehari rm80-100...
Quote ahlisihircute 8-7-2025 11:40 PM
Edited by ahlisihircute at 8-7-2025 11:42 PM

Gi lah keje part time kat aeon tu...
Anak kawan aku keje part time kat situ...hari sabtu ngan ahad and semester break...
Amik fullday...masyuk je


Quote Matyam 8-7-2025 11:45 PM
Lahai ape la ko suap anak ko DHAR masa bebudak ni kecik. Elok ko suap racun je la besar bodo piang. Betul2 bodo, spoilt brat, bangang, tolol, satu sen pun tak guna.
Quote BlackpingU 9-7-2025 12:27 AM
Aribaariba replied at 8-7-2025 11:03 PM
At umor above 35+ni, nbukannya ko tgh nak abiskan study lepas tu jadi pakar bedah pun! Itu ada le ju ...

By the time dia grad, kerja tak de. Nowadays boleh buat drama/filem/lagu guna AI jer... composer, singers, director, cameraman, pelakon, tukang pegang lampu semua tu akan pupus
Quote BlackpingU 9-7-2025 12:28 AM
Ni kat FB

Lihat semua komen(271)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071338 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top