|
BUKAN sekadar bersinar di pentas sehingga membolosi anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu ke38 (AJL38) tetapi pucuk muda, Aisha Retno juga semakin mengukuhkan posisi sebagai pencipta lagu, sekali gus membuktikan kematangan karier. Diiringi pencapaian membanggakan, Aisha juga menghasilkan lagu raya buat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Raya Nak Ke Mana? yang melengkapkan lagi portfolionya. Enggan ilham tersekat, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu mencurahkan idea menerusi single terbaharu genre pop rock berjudul Tak Adil. Tampil dengan sisi berbeza, Aisha mengakui terinspirasi daripada penyanyi luar dan dalam negara dengan menyifatkan pop rock merupakan medium terbaik untuk menyalurkan emosi dalaman.
|
ketambangkang replied at 10-7-2025 10:09 AM
suka suara dia..tp kekadang tgk muka dia mcm menakutkan

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-3-2026 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.234580 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.