CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Binatang pun faham, sanggup teman sampai saya selamat bersalin’ - Fara Salleh

9-7-2025 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1179| Komen: 12

 


Ketika masih bergelut dengan isu rumah tangga, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pada 26 Jun lalu.

Berkongsi berita gembira, Fara, 33, berkata, anak sulungnya yang dilahirkan dengan berat 2.1 kilogram (kg) itu diberi nama Elaine Nada.

“Assalamualaikum semua, saya dah selamat bersalin pada 26 Jun lalu pada pukul 6.10 petang.

“Alhamdulillah Elaine Nada nama seindah orangnya,” katanya dalam Instagram hari ini.

Fara juga melahirkan rasa syukur kerana mampu mengharungi fasa hamil dan melahirkan puteri sulungnya tanpa ditemani suami di sisi.

“Saya dan Elaine berjaya melalui fasa mengandung dan melahirkan anak sendiri tanpa ada bayang seorang lelaki.

“Hebatnya Fara dan kucing saya iaitu Tiger pergi (mati) dua hari selepas saya bersalin, binatang pun faham dan sanggup teman sampai saya selamat bersalin.


“Doakan semoga Elaine Nada membesar dengan sihat,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Fara turut berkongsi pengalamannya yang pertama kali melahirkan anak termasuk mengambil suntikan epidural.

“Disuntik epidural, sakit sangat dan siapa cakap epidural jalan pintas untuk tak rasa sakit? Disebabkan tiada bukaan, doktor lakukan pembedahan kecemasan sebab bayi sudah lemas.

“Alhamdulillah Elaine dilahirkan secara pembedahan tetapi kami berdua tak dapat bersama sebab bayi terus dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman dalam air ketuban.

“Kemudian, saya juga dimasukkan ke wad lebih kurang lima hari,” katanya lagi.

Difahamkan Shuk tidak berada bersama menemani Fara sepanjang tempoh melahirkan anak sulung mereka.

Sejak beberapa bulan lalu, Fara mengejutkan ramai apabila menyatakan kekesalan terhadap institusi perkahwinan seolah-olah memberi bayangan mengenai keberantakan rumah tangganya dengan Shuk yang belum pun mencecah setahun.

Fara juga pernah memberitahu Shuk mendakwa zuriat yang dikandung isterinya itu adalah anak haram.

Kemelut rumah tangga mereka memasuki episod baharu apabila Shuk didakwa melafaz cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika pelawak itu dipercayai berada di Thailand pada April lalu.

Fara dan Shuk, 38, mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.

Terdahulu, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera pada 2015, namun bercerai pada 2023. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 5. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 9-7-2025 10:55 AM
Cerita pasal bini shuk shrek ni jer dah sampai empat benang. Hagak-hagaklerr
Quote nisako 10-7-2025 07:59 AM
byk tul ttg dia ni
Quote weezerfan 10-7-2025 08:01 AM
Penyondol gila.dah dpt batang buruk pun x bsyukur lps tu meroyan mcm ape.perempuan bodoh mcm ni selayaknya mandul je
Quote pocongkiutss 10-7-2025 08:08 AM
Aku kesian kt kucing dia jah

Btw bnyk betul thread dia dh boleh kalahkan thread ex bini retis nan sorg tu at least walau hangsuang mental nk mampos , muka dia helok lg la bila nk scroll2 sini
Quote KamikuP 10-7-2025 10:20 AM
Mohon wartawan carik bukak benang byk2 psl betina sewel ni . Bole capai KPI dan dpt bonus 12 bulan
Quote seri_mawr 10-7-2025 10:44 AM
fara ni kan..selain dari bekas bini artis sejuk beku ....dia ni artis juga ke..?

tapi iols kesian betul dgn anak dia...sedihhh...mak pak sewel...
tapi mak Elaine ni buat gini demi anak dia rasanya...mak2 klu hal anak2 mmg boleh jadi tak malu..huhu...

shuk ni mak ayah dia ada lagi ke..?
Quote mawarkhayalan99 10-7-2025 10:46 AM
banyak nya benang minah niiii
Quote Hoola 10-7-2025 10:49 AM
seri_mawr replied at 10-7-2025 10:44 AM
fara ni kan..selain dari bekas bini artis sejuk beku ....dia ni artis juga ke..?

tapi iols kesian b ...

ada thread sebelah si menntu up igs ditujukan khs buat murtuanya
Quote seri_mawr 10-7-2025 11:09 AM
Hoola replied at 10-7-2025 10:49 AM
ada thread sebelah si menntu up igs ditujukan khs buat murtuanya

allah bnyaknya thread pasal Farah Salleh ni...

dia sound mertua kah..? tp tu lah mak pak shuk x nasihatkan anaknya kah...cucu tu...kesian baby tu...

walaupun akak x setuju fara amik shuk dari rosa.tp shuk ni bukan semengah pun...nak kata hensem pun tidakk...nak kata kaya pun tidakk...

Quote _blackbird 10-7-2025 12:32 PM
seri_mawr replied at 10-7-2025 10:44 AM
fara ni kan..selain dari bekas bini artis sejuk beku ....dia ni artis juga ke..?

tapi iols kesian b ...


Sebelum ada anak pon dia mmg jenis tak malu. Pernah ke dia malu. Selamber dia up status shrek finger pussy dia. Wakakakakaka.... tapi dia tak include skali pulak dia rasa asyikk ke idok.
Quote scarflicious 10-7-2025 08:03 PM
bukan kucing teman kau. kau yg teman kucing tu. rumah tu rumah dia.
Quote Manusiabesa 10-7-2025 08:07 PM
Dia ni lawa tau. Klu xgila. Mmg lawa.
Sera pun lawa. Ada gak la educationnya diploma. Mmg lawa.. sabah yg lawa bkn sabah mcm monyet janda anak 2 poen hitam tu.

Tp tu la. Yg xelok kt sini cuma shrek.
Hahahahahahaha

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039083 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top