|
PELAKON Ainina Ahmad B mengaku dia individu yang meminta namanya dikeluarkan daripada penerima Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas pemergian anak istimewa, Nur Ara Elisya pada bulan lalu. Ainina, 56, berkata, sebelum ini dia terbuka menerima bantuan zakat kerana memikirkan keperluan anak perempuannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). "Selepas anak meninggal dunia saya rasa serba salah untuk terus menerima bayaran bantuan bulanan daripada LZS. Ketika arwah hidup saya memang tidak bekerja kerana fokus menjaganya. "Sebenarnya saya terima bantuan bulanan daripada LZS tak lama pun, kurang setahun saja. "Saya terima pun sebab fikir anak saya istimewa. Ada keperluan yang perlu dijaga. Tapi kalau untuk perbelanjaan makan saya tidak guna wang bantuan itu. "Jadi bila anak dah tiada saya tarik diri. Bantuan ini buat saya rasa bersalah kalau terus ambil," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Ainina memberitahu dia masih mampu bekerja untuk menyara kehidupan dan tidak mahu terus mengharapkan sumbangan daripada lembaga zakat. Kata Ainina, dia tidak mahu mengambil hak orang lain kerana masih ramai individu lebih layak mendapat bantuan tersebut. "Kenapa saya nak kena ambil wang itu sedangkan ramai lagi yang memerlukannya. Tambahan pula itu duit zakat, kalau saya ambil dulu memang untuk anak saya. "Insya-Allah kalau ada tawaran saya boleh berlakon lagi dan berniaga. Bila anak kita sudah meninggal dunia, saya rasa cukuplah. Kita pun boleh bekerja. "Masih ramai yang memerlukan wang tersebut, saya rasa bersalah sangat kalau makan duit zakat," ujarnya. Sementara itu, Ainina berterima kasih kepada LZS kerana turut memberikan bantuan dalam membiayaikos rawatan pembedahan tulang belakang Elisya pada Disember tahun lalu. "Saya cuma minta untuk anak saya sahaja, katanya anak OKU boleh mohon zakat. "Pembedahan tulang belakang arwah anak saya mencecah RM40,000 dan pihak zakat menanggung sebanyak 70 peratus dan selebihnya saya tambah," katanya. Sebelum ini, tular di media sosial apabila Lembaga Zakat Selangor mendedahkan seorang penggiat seni meminta untuk mengeluarkan namanya daripada penerima zakat. Hal ini kerana anaknya yang menghidap penyakit tulang belakang sudah pun meninggal dunia. Pada Disember tahun lalu, Elisya melakukan pembedahan tulang belakang dan selepas melalui prosedur tersebut kesihatannya dilaporkan semakin teruk. Elisya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) selama tiga bulan untuk pakar memantau keadaannya sebelum dibenarkan pulang. Pada 22 Jun lalu, Elisya meninggal dunia sekitar pukul 2 petang. Untuk info, Elisya merupakan anak hasil perkahwinan Ainina dengan penyanyi Rahmad Mega. Mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Nur Ariena. Sumber: mStar |
doubleA: Di satu sudut dunia yg lain yg ...
Akalditipumata replied at 11-7-2025 01:46 PM
Walaupun dh kertu... (iollzz sambung)
Insaf sekejap tengok, dgn kaki sebelah takde pun dia keje, takde nak mintak2 zakat
dewi_rina replied at 11-7-2025 03:20 PM
Tadi i turun beli makanan, ada nampak pakcik lalamove atas motor, kat motor dia ada tongkat, rupanya ...
azimodin replied at 11-7-2025 07:50 AM
Ramai je oku yg lagi rajin dari orang normal (yg malas kerja dengan alasan tengah study padahal um ...
doubleA replied at 11-7-2025 01:38 PM
Di satu sudut dunia yg lain yg bukan oku, tapi pemalas masih mengharapkan org lain bagi duit menampu ...

dewi_rina replied at 11-7-2025 03:20 PM
Tadi i turun beli makanan, ada nampak pakcik lalamove atas motor, kat motor dia ada tongkat, rupanya ...
ekselen replied at 11-7-2025 05:04 PM
atau pakcik yg dok dlm kereta sihat walafiat masih terima sumbangan hampir rm1700... dan masih lg ...
adeqbun replied at 11-7-2025 06:58 PM
Tu psl ai xpenah stuju netizen suke komplen2 proses permohonan zakat mcm2 kene isi..sbb ramai jeni ...
ekselen replied at 11-7-2025 07:08 PM
hmm..tu lah.. mcm mana boleh dpt bantuan sedangkan anak2 ada boleh bantu.. pelik2 je. kwn iols dul ...
dewi_rina replied at 11-7-2025 04:03 PM
Ada budak ni dok main game je, pastu tanya knp tak keje katanya sakit jantung la, takde kenderaan, ...
ekselen replied at 11-7-2025 05:04 PM
atau pakcik yg dok dlm kereta sihat walafiat masih terima sumbangan hampir rm1700... dan masih lg ...
sayawifenikmie replied at 11-7-2025 07:29 PM
banyaknyaaaaa .... siapa?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-5-2026 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.208554 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.