CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa motif CIA kongsi gambar 3 keping syiling Malaysia di akaun X?

16-7-2025 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5056| Komen: 32

 

PETALING JAYA – Tindakan Central Intelligence Agency (CIA) atau Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (AS) berkongsi sekeping gambar memaparkan tiga keping duit syiling Malaysia di akaun X agensi tersebut menimbulkan tanda tanya.

Lebih menimbulkan tanda tanya adalah menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat duit syiling 20 sen dengan lakaran orang lidi serta tanda S di kepala, duit syiling 10 sen dengan tulisan yang tidak difahami selain duit syiling 5 sen dengan tapak kaki haiwan.

Seorang pengguna X, @Ispitzionist turut mempertikaikan hantaran yang dibuat tersebut selain meminta Jabatan Perdana Menteri memantau perkara itu.

“Apakah sebenarnya yang cuba kamu sampaikan di sini? Adakah ini cara kamu nak kata, ‘Kami sedang memerhati kamu, Malaysia… jadi jangan cuba buat hal’?

“Hmmm @jpmgov_ patut arahkan MEIO (Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia) pantau CIA ini sebab langsung tak boleh dipercayai,” ujarnya.


Melalui pautan di hantaran tersebut, agensi berkenaan meletakkan keterangan bertajuk Artifak Minggu Ini: Syiling yang Ditinggalkan di Patung Nathan Hale.

Ujar CIA, di luar pintu utama Bangunan Ibu Pejabat Asal, berdiri sebuah patung Nathan Hale, yang dipuji sebagai ‘pegawai risikan pertama negara’.

“Patung itu menggambarkan saat sebelum Hale dihukum mati, di mana seorang pemuda berusia 21 tahun yang bersedia menghadapi kematian demi negaranya dengan penuh kehormatan, tangan dan kaki terikat, wajahnya tegas, dan matanya memandang ke ufuk.

“Seiring waktu, satu tradisi telah berkembang di sekitar patung Hale, sebelum berangkat ke luar negara, pegawai CIA akan meninggalkan sekeping syiling di kaki patung itu,” katanya.

Katanya, menurut legenda, tindakan itu akan membawa tuah dan memastikan Hale menjaga keselamatan para pegawai dalam misi mereka.

“Lazimnya, pegawai akan meninggalkan sekeping syiling 25 sen AS kerana memaparkan wajah George Washington, panglima Hale semasa Perang Revolusi Amerika.

“Ada juga yang meninggalkan 76 sen sebagai penghormatan kepada tahun 1776, tahun Hale dihukum mati, atau wang syiling asing dengan tanda peribadi seperti ini,” katanya.

Antara peranan utama CIA adalah mengumpul maklumat risikan luar negara seperti menyiasat, memantau, dan menganalisis maklumat dari luar negara untuk melindungi keselamatan AS.

CIA juga menyokong dasar luar negara AS dengan memberi maklumat kepada Presiden dan pembuat dasar untuk membuat keputusan berasaskan risikan.

Selain itu, semakan mendapati CIA banyak melaksanakan operasi rahsia termasuk pengaruh politik atau operasi khas lain di luar negara jika diarahkan oleh kerajaan.

Sumber : -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 16-7-2025 09:52 AM
Mcm code kepada agent2 mereka kah
Quote arnauld 16-7-2025 09:56 AM
Apala yg nak dirisik psl msia semua ada kat wikipedia
Quote Decaffeinated 16-7-2025 10:02 AM
Wah... CIA berminat nak merisik ka? Bawa cincin mahal sikit eh
Quote alesandra 16-7-2025 11:03 AM
spekuan terpaling  palatao aku...duit syiling 20sen tu kaler emas-raja2,10sen-pmx,5sen kaki haiwan?marhaen pacal yg hina?
Quote ninja boy 16-7-2025 11:40 AM
Risik2 kunun padahal Jung nam senang2 mati dibunuh klia, pensyarah ditembak subuh, bangla indon ronghinya china aman2 masuk tanpa sempadan tak keluar2
Quote slavehunter 16-7-2025 11:46 AM
Message sebab kaitan dengan rejection to Nick Adam tu kot. Pro Israel tyranny, semua orang reject, CIA have better plan to do in Malaysia, kalau melawan I tunggu weather weaponized they can strike.
Quote prince_marhaen 16-7-2025 12:25 PM
Kalau masa konflik Lahad Datu haritu spy bagi syiling 50sen pada budak suruh serah kat Kiram, tanda kawasan tu dah bolos oleh tentera Malaysia, kali ni syiling ni dekat HQ CIA, kira macam 'tanda hadir' skuad elit kita ke? hehehehe.... risau US ye dengan Malaysia daripada dulu.
Quote silance 16-7-2025 12:28 PM
Walaupun diancam cia, tariff tinggi dari atuk, ekonomi susut, perubahan iklim, harp, asing worang tetap maintain merompak subsidi.
Quote Decaffeinated 16-7-2025 12:33 PM
gigahertz replied at 16-7-2025 11:40 AM
Dulu masa perang Arab-Israel . malaysia sibuk dengan komunis.
tak banyak bunyik pasal Palestine.  ...

So kena bawa masuk balik komunis ka acaner. Eh bukan memang dah bawa ka, megah meluncur di jalan raya...
Quote bpbbppbp 16-7-2025 12:56 PM
alesandra replied at 16-7-2025 11:03 AM
spekuan terpaling  palatao aku...duit syiling 20sen tu kaler emas-raja2,10sen-pmx,5sen kaki haiwan?m ...

Boleh jdi betul uol decode ni ahaha
Quote s@s@ 16-7-2025 02:08 PM
kat soc med org ckp sihir macam hantar ke kedai2 tu.
abis la, lepas ni org da x nampak bangunan cia
Quote A-Are 16-7-2025 02:15 PM
amaran buat malaysia kot...sbb 2-3hari lepas iols ada tgk 1 interview pmx dengan journalist dr french tentang pendirian Malaysia dgn Gaza conflict & ada perli USA jgk xsilap..iols xtgk smpi habesla tp
Quote Decaffeinated 16-7-2025 04:11 PM
Nak bermusuh dengan Isroel tu satu perkara, dok lobby orang lain termasuk gunakan kepengerusian ASEAN tu is quite another. Ko rase?
Quote Radzor 16-7-2025 04:31 PM
raja well taken care of. rakyat kne pijak. yang tengah tu gambar ape eh? nak berkonspirasi
Quote Dalcott 16-7-2025 05:16 PM
nak santau kut
Quote kemaruk 16-7-2025 05:39 PM
Saje je nak suruh rakyat malaysia ber speku

Dorang tau rakyat malaysia kuat berfantasi

Konfem dorang tengah gelak2 tengok korang cuba decode benda ni
Quote PULANGKAN 16-7-2025 05:48 PM
s@s@ replied at 16-7-2025 02:08 PM
kat soc med org ckp sihir macam hantar ke kedai2 tu.
abis la, lepas ni org da x nampak bangunan cia

ahahaha, kawan iols pun cakap benda sama

selalu yang tabur duit syiling ni, nanti orang tak nampak kedai dia

ni cia pegi kutip, habis tak jadi ilmu
Quote Suchi 16-7-2025 07:13 PM
Beza komen kat sini berbanding komen2 kat page cikgu padeli tu
Siap kaitkan ngn tahun 2018 era berlaku perubahan dlm politik Malaysia
Quote ina_na 16-7-2025 10:22 PM
Tarif cukai ke 35% kot... Atau tarik 20.10.25..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.197263 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top