CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Barangan Indonesia yang masuk AS akan dikenakan tarif 19 peratus - Trump

16-7-2025 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1650| Komen: 6

 


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata, beliau mencapai pakatan perdagangan dengan Indonesia yang akan menyaksikan komitmen pembelian yang ketara dari negara Asia Tenggara itu, berikutan rundingan untuk mengelak tarif yang lebih tinggi.

Barangan Indonesia yang memasuki AS akan dikenakan tarif 19 peratus, kata Trump dalam satu catatan di platform Truth Socialnya. Ini jauh di bawah paras 32 peratus yang dinyatakan presiden sebelum ini.

"Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Indonesia komited untuk membeli AS$15 bilion dolar dalam (sektor) tenaga AS, AS$4.5 bilion dolar dalam produk pertanian Amerika, dan 50 jet Boeing, kebanyakannya 777," tulis Trump.

Saham Boeing ditutup turun 0.2 peratus selepas pengumuman itu.

Pentadbiran Trump berada di bawah tekanan untuk memuktamadkan pakatan perdagangan, ketika negara-negara berunding dengan Washington untuk mengelakkan rancangan tarif presiden AS.


Tetapi Trump setakat ini hanya mendedahkan perjanjian lain dengan Britain dan Vietnam, di samping perjanjian untuk menurunkan sementara levi dengan China.

Minggu lalu, Trump memperbaharui ancaman levi 32 peratus ke atas barangan Indonesia, dengan menyatakan dalam surat kepada kepimpinan negara bahawa ini akan berkuat kuasa 1 Ogos.

Masih tidak jelas bila tahap tarif rendah yang diumumkan Selasa akan berkuat kuasa untuk Indonesia.

Tempoh untuk pelbagai pembelian dilakukan oleh Indonesia juga tidak dinyatakan.

Trump menerusi media sosialnya berkata, di bawah perjanjian itu, yang dimuktamadkan selepas beliau bercakap dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto, barangan yang dipindahkan untuk mengelakkan duti yang lebih tinggi akan menghadapi levi yang lebih tinggi.

Beliau secara berasingan memberitahu pemberita bahawa perjanjian lain sedang dalam rangka kerja, termasuk dengan India, sementara perbincangan dengan Kesatuan Eropah (EU) diteruskan.

Trump pada April mengenakan tarif 10 peratus ke atas hampir semua rakan dagangan, sambil mengumumkan rancangan untuk akhirnya menaikkan tahap ini untuk berpuluh-puluh ekonomi, termasuk EU dan Indonesia.

Tetapi beberapa hari sebelum ia dijangka berkuat kuasa, beliau menunda tarikh akhir untuk tarif itu dikuatkuasakan, dari 9 Julai hingga 1 Ogos. Ini menandakan penangguhan kedua untuk levi itu.

Sejak awal minggu lalu, Trump menghantar surat kepada negara rakan dagangnya, menetapkan tahap tarif yang akan mereka hadapi pada bulan Ogos.

Setakat ini, beliau menghantar lebih 20 surat seperti itu termasuk kepada EU, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

Kanada dan Mexico, kedua-dua negara yang pada asalnya tidak disasarkan dalam tarif "timbal balik" Trump pada bulan April, juga menerima dokumen serupa yang menggariskan tarif dikemas kini untuk produk mereka.

Sumber: BH
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 16-7-2025 11:37 AM
Edited by nusaraya at 16-7-2025 11:45 AM

Wooow.... Ternyata  objective dari policy tariff TRmp  adaah UUD .. UJUNG-UJUNGNYA DUIT ...

Trump:  Gue akan turunkan TARIF  jika Lu membeli lebih banyak barang dari negara Gue ...

Apakah PMX MalayDesh mampu melakukan hal yang sama seperti yang diminta atau dikehendaki oleh Trump ?

Quote FOTHER-MUCKER 16-7-2025 11:46 AM
Tak sia sia ketua negara indon menjilat pantat yahudi dan trumpet!
Quote nusaraya 16-7-2025 07:58 PM
Edited by nusaraya at 16-7-2025 08:12 PM

Tampaknya Trump kena PRANK Prabowo  karena barang-barang yang nak dibeli Indonesia dari USA adalah barang-barang yang dibutuhkan Indonesia macam kacang kedelai,  pesawat terbang dan alutsista atau persenjataan militer yang 100% tidak dapat dibuat atau diproduksi oleh Indonesia  sebagai  kompensasi atas surplus perdagangan Indonesia sebesar hampir USD 20 billion  di tahun 2024 lalu ...

INGAT .... Dunia ini hanyalah PANGGUNG SANDIWARA .... Saat kini ... X ada lagi  namanya FAIR TRADE atau PERDAGANGAN BEBAS dan  juga  hancurnya institusi WTO (World Trade Organization)...
  
Sekarang ini .... semua negara akan mencari cara masing-masing agar bisa SELAMAT dari situasi dunia yang sedang Kacau dan Amburadul ..... Hanya yang Kuat dan Smart saja yang bisa tetap Survive ...


Ada satu HAL yang mungkin Trump lupa ....Bukankah Indonesia dan negara-negara lainnya BISA merubah SIKAP  terhadap USA ketika Trump sudah X lagi menjabat sebagai Presiden di tahun 2028 nanti ......

Jangan lupa dengan Doktrin atau Prinsip Ini .... X ADA MUSUH atau TEMAN yang ABADI ... Hanya KEPENTINGAN NASIONAL  yang akan tetap ABADI ....


[youtube]jfhy6noXMlw[/youtube]



Quote Kuin-Kepam 17-7-2025 01:52 AM



[twitter]https://twitter.com/nanmudo/status/1945335574078087508?s=61[/twitter]
Quote Farnor 17-7-2025 03:05 AM
Kuin-Kepam replied at 17-7-2025 01:52 AM

Kasihanilah peladang n petani... Semua kena ikut telunjuk AS.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.197274 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top