|
JAKARTA – Sebilangan tetamu sebuah majlis di Indonesia menerima kecaman ramai apabila menyerbu makanan sebelum akad nikah berlangsung, lapor portal berita Lambe Turah. Rakaman video kejadian di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan beberapa tetamu sedang berbaris untuk mengambil makanan. Mereka sanggup beratur meskipun pasangan pengantin sedang duduk bersama wali untuk melangsungkan akad nikah. Lebih memalukan, barisan itu bukan sahaja penuh dengan lelaki tetapi juga tetamu wanita. Rakaman itu mencatatkan lebih 42,100 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. “Takut makanan habis,” kata seorang netizen. “Tetamu-tetamu itu sangat ‘sopan’. Tidak malukah?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI |


rayna_raynes replied at 31-7-2025 04:18 AM
kenapa "lebih memalukan, tetamu wanita pun turut sama berbaris..."
apa yang memalukan?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-3-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.425914 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.