CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai teruja tengok ‘test run’ LRT 3 laluan Shah Alam

30-7-2025 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1322| Komen: 2

 

PETALING JAYA – Projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3 Laluan Shah Alam yang bermula sejak 2016 hampir siap apabila rakaman ‘test run’ tren itu tular di media sosial sehingga mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran di TikTok oleh @Ajuang, tren tersebut bergerak lancar di atas landasan semasa perlaksanaan ujian bagi menentukan sama ada ia dapat berfungsi dengan baik.

Perkongsian video itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial.


“Untung budak (pelajar) MSU Shah Alam” kata @Sitimeoww.

“Alhamdulillah tak perlu hadap (melalui) Lebuhraya Persekutuan,” kata @Lidah bercabang

Projek LRT3 Laluan Shah Alam dijangka siap sepenuhnya pada penghujung September 2025 selepas mengalami beberapa penangguhan dan penyusunan semula kos.


Laluan sepanjang 37.8 kilometer itu mempunyai 20 stesen dan menghubungkan lebih dua juta penduduk di koridor barat Lembah Klang.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja pembinaan kini berada dalam fasa akhir, manakala ujian sistem dan keselamatan akan terus dijalankan bagi memastikan operasi berjalan lancar menjelang pelancaran nanti.

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 31-7-2025 12:19 AM
Laluan LRT ni bagus kalau lalu dekat rumah untuk disewa. Kalau rumah untuk sendiri diami, no thanks.
Quote B40tastePosh 31-7-2025 01:40 AM
Bagus sangat LRT 3 ni, impian aku masa study kat UiTM...sebab servis Bas Rapid KL macam Najis

Impian aku tu tercapai selesai 15 tahun.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.030630 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top