CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh lelaki didakwa culik ahli perniagaan Bangladesh

30-7-2025 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1555| Komen: 13

 


KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik ahli perniagaan warga Bangladesh bagi menuntut wang tebusan.

Mereka ialah dua lelaki Bangladesh, Sohel Rana, 40, dan Sahajahan, 37, serta lima warga Myanmar iaitu Abdul Majid Abdul Malik, 25, Soforodin Fozol Korim, 25, Mokhtar Huson Zaher Huson, 26, Mohammad Ismail Azita Rahman, 23, dan Mohammad Arafat Hussein Jamal Mustafa, 24,.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa bersama-sama menculik seorang lelaki Bangladesh berusia 47 tahun untuk menuntut wang tebusan di Sentul di sini pukul 11.30 malam, 26 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebatan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iman Nurhidayah Ezani, manakala peguam K. Komagan yang mewakili Sohel Rana. Enam lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tarikh 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes. 

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 31-7-2025 12:20 AM
Nasib baik bukan jiran aku sebab dia baik.
Quote Sesuatu… 31-7-2025 07:52 AM
Time covid ade kes seakan mcm ni. Bangla jgk culik another bangla. Polis cwgn cover bangla yg menculik. Entah mcm mana Bukit Aman tau terus digegarnya polis cwgn tu. Baru reti nk buat ape patut selamatkn mangsa. Lahanat betul org2 jahat & tukang cover ni….
Quote Sesuatu… 1-8-2025 10:22 PM
gigahertz replied at 31-7-2025 11:43 AM
Warga asing : bangladesh , Pakistan , myanmmar , indon
Pelancong : china , India , Japan , US , Eu ...

Yess
Quote Radzor 2-8-2025 05:33 PM
ejen mossad laki bini pro ph yang kes culik tu pi mana dah? dah dakwa ke belom
Quote ninja boy 3-8-2025 03:35 PM
Polis, jakim, mahkamah, hospital, penjara, dbkl, majlis daerah dll tak penat ka handle masalah wargasing
Quote TeropongThaico 4-8-2025 11:17 AM
Sesama warga asing pun dah tak selamat
Hantar balik la...
Buat onar dkt sini nnt lg bertambah kata tempat kita tak selamat utk pelancong
Quote venom1 4-8-2025 03:53 PM
TeropongThaico replied at 4-8-2025 11:17 AM
Sesama warga asing pun dah tak selamat
Hantar balik la...
Buat onar dkt sini nnt lg bertambah kata t ...

Dah mereka senang2 masuk Malaysia tanpa diselidik latarbelakang masing-masing. Silap kita juga. Nasi dah jadi bubur. Ada kawasan kita dah jadi perkampungan warga asing sampai kita terpaksa keluar dari situ
Quote silance 4-8-2025 04:25 PM
https://www.youtube.com/watch?v=FG3avkSv3_Y

Translation:
Ini negara mesra bangladesh. Ini video tempat nama 'Bangladesh Market'. Semua kita worang sini bos, kerja, niaga, student semua kita. Mari sini cepat la.
Quote Skuau 4-8-2025 05:49 PM
ninja boy replied at 3-8-2025 03:35 PM
Polis, jakim, mahkamah, hospital, penjara, dbkl, majlis daerah dll tak penat ka handle masalah warga ...

ni game drng...tak nak...bayor free jer.Tu yg gomen 'panggil' warga asing mai..ada la penjawat awam buat kerja 'SIKIT'.
Quote Skuau 4-8-2025 05:50 PM
silance replied at 4-8-2025 04:25 PM
https://www.youtube.com/watch?v=FG3avkSv3_Y

Translation:


....sini parampuan pon suka cinta kita bangla....
Quote silance 4-8-2025 07:05 PM
Skuau replied at 4-8-2025 05:50 PM
....sini parampuan pon suka cinta kita bangla....

Satu adeek manis = satu cable lesen niaga la.
Quote TeropongThaico 5-8-2025 07:37 AM
venom1 replied at 4-8-2025 03:53 PM
Dah mereka senang2 masuk Malaysia tanpa diselidik latarbelakang masing-masing. Silap kita juga. Na ...

Nak buat mcm mana yg dah digajikan utk jaga part ni tak amanah...
Mmg makin ramai le yg masuk. Halal ke haram semua boleh aman2 je berumah tangga kat sini
Org2 kita lak lembut2 bertolak ansur dgn diarg ni... Malah ada gak yg tergamak nak jdkan pasangan hidup
Susah dah....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.208646 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top