CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua anggota polis direman SPRM disyaki kes minta, terima rasuah RM635,000

30-7-2025 10:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1085| Komen: 0

 


JOHOR BAHRU – Dua anggota polis direman selama tujuh hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM635,000 daripada seorang individu supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan aktiviti perjudian.

Perintah reman ke atas kedua-dua suspek sehingga 5 Ogos ini dikeluarkan Majistret Mohammad Izham Mohd. Aliyas selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pagi tadi.

Menurut sumber, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan pada pukul 2 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat meminta dan menerima wang secara tunai itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu atas kesalahan judi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.


Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2026 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.037943 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top