CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paus Beluga terdampar selepas amaran tsunami

30-7-2025 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1870| Komen: 12

 


PETALING JAYA – Beberapa ekor ikan paus Beluga dilaporkan muncul dan terdampar di tepi pantai selepas amaran tsunami dikeluarkan di kawasan Kamchatka, Russia, hari ini.

Menerusi sebuah video tular di media sosial, kelihatan mamalia laut itu muncul dan terdampar di pesisir pantai dipercayai akibat perubahan tekanan air atau gangguan gelombang bawah laut.

Kejadian tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas para nelayan yang berada di kawasan berhampiran mereka memastikan sentiasa basah dan selamat sehingga air pasang kembali.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai menyifatkan ia adalah salah satu petanda untuk lebih berjaga-jaga dengan bencana yang kemungkinan terjadi.

“Mungkin ikan-ikan ini tahu apa yang akan terjadi, sebab itu mereka naik ke pantai. Sayangnya, kita tidak dapat memahami mereka,” komen Datos.

“Mereka mungkin rasa ada sesuatu yang ‘besar’ akan datang,” balas Margarita.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan gempa bumi sangat kuat bermagnitud 8.7 menggegarkan Semenanjung Kamchatka di rantau Timur Jauh Russia hari ini, mencetuskan ombak besar tsunami setinggi 4 meter (13 kaki) yang mendorong pemindahan penduduk 

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 30-7-2025 10:22 PM
Airbus beluga
Quote pisanggoreng 31-7-2025 01:24 AM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DMuOiVazhTa/[/ig]
Quote supernaturalee 31-7-2025 02:44 PM
putihnya dia
mcm putih air susu

Quote kotakbaju 31-7-2025 06:43 PM
1st time tengok paus putih bersih camni, macam albino pun ada. Mcm sekor kucin kat umah meols ni bulu putih bersih takde campur color lain. Apa agaknya paus tu rasa ye, kalau la dia.boleh bercakap tentu macam2 dia citer kat nelayan tu.
Quote sharlenetexas 31-7-2025 09:40 PM
Putihnya macam kapur.


Quote kemaruk 31-7-2025 09:51 PM
Petaling jaya ada laut ke
Quote sharlenetexas 31-7-2025 10:23 PM
kemaruk replied at 31-7-2025 09:51 PM
Petaling jaya ada laut ke

Ada lembah pantai, pantai dalam.


Quote mejaputih 1-8-2025 07:16 AM
Putih mcm salju... Teringat video2 chat msg kat youtube ada icon kucing nama beluga. Kelakar juga bila tengok
Quote Decaffeinated 1-8-2025 07:24 AM
Ikan warna putih?
Quote midori888 1-8-2025 08:02 AM
first time tgk ikan paus kaler putih...
Quote royaldanish 1-8-2025 08:06 AM
cantik ye
belum penah nengok
mcm2 jenis ikan timbul semenjak dua menjak
Quote A-Are 1-8-2025 08:13 AM
laut ni besar x mcm darat..lautan ni baru berapa peratus je diterokai, banyak lagi haiwan2 kita xtao ada kat bawah tu..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076325 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top