|
MOSCOW– Tsunami yang menghentam bandar Severo-Kurilsk di Russia, melepasi ketinggian 3 meter dengan ombak paling kuat setinggi 5 meter, lapor agensi berita Ria Novosti hari ini. Ria Novosti melaporkan, kawasan pelabuhan di Severo-Kurilsk ditenggelami empat gelombang tsunami yang menyusul selepas gempa bumi mega bermagnitud 8.8 menggegarkan Timur Jauh Russia awal hari ini. Amaran tsunami turut dikeluarkan untuk Filipina, Indonesia hingga sejauh Ecuador. Akhbar Russia, Izvestia menyiarkan rakaman video di laman sosial memaparkan kerosakan pada sebuah kilang memproses makanan laut di Severo-Kurilsk iaitu sebuah bandar di Kepulauan Kurik. Menurutnya, kerosakan itu berpunca daripada ombak tsunami. – AGENSI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-3-2026 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063976 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.