CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Bekas isteri saya peguam, sudah tiga kali dia sumbat saya dalam lokap’ - Ejen takaful

30-7-2025 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8771| Komen: 68

 


MELAKA – Seorang ejen takaful meluahkan rasa kecewanya terhadap bekas isteri selepas dihadapkan ke Mahkamah Melaka di sini, hari ini atas lima pertuduhan termasuk membuat penghantaran jelik untuk menyakitkan hati wanita itu dan menghendapnya, sejak Jun lalu.

Tertuduh, Muhammad Akmal Helmi Mat Sirat, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan di mahkamah berasingan di hadapan Hakim Haderiah Siri dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut tiga pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa dengan secara sedar membuat penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati dan menganggu Masura Mustafa, 40, menggunakan aplikasi Facebook melalui profil Akmal Helmi.

Perbuatan itu dilakukannya pada 30 Jun, 3 dan 4 Julai 2025 di sebuah rumah di Taman Bukit Piatu Mutiara dalam daerah Melaka Tengah.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh menganggu mangsa serta saksi dan melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

Tertuduh yang diwakili Peguam Haziq Aizuddin Subhi bagaimanapun merayu agar jaminan dikurangkan dengan alasan dia tidak mampu membayar jumlah dicadangkan pihak pendakwaan, selain mendakwa telah hilang pekerjaan sejak dimasukkan ke lokap.

“Ini bukan kali pertama saya dimasukkan ke lokap oleh bekas isteri, ini kali ketiga dia buat tuduhan palsu dan kes sebelum ini telah di DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan).

“Bekas isteri kerja peguam, saya tak ada jalan lain,” rayunya.

Selepas mendengar hujah kedua belah, Haderiah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.

Beliau kemudian menetapkan tarikh 26 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam pada itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 507(A) Kanun Keseksaan kerana secara berulang kali mengikuti dan menjejaki serta menakut-nakutkan bekas isterinya itu sehingga menyebabkan kerisauan pada 7 Julai 2025 di Hospital Putra Melaka.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui pautan Facebook terhadap wanita tersebut yang boleh mencemarkan nama baik dan reputasinya pada 4 Julai 2025 di Taman Bukit Piatu Mutiara.

Sharda kemudian membenarkan tertuduh diiikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan tarikh sama iaitu 26 Ogos untuk serahan dokumen bagi perbicaraan. 

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 31-7-2025 12:23 AM
hahahaa…. padan muka ko…
Quote rayna_raynes 31-7-2025 04:18 AM
Rasain lho. Bila jumpa yang tahu undang2 memang silap besar ler buli
Quote nisako 31-7-2025 07:54 AM
padan le muka
Quote SalenaGomez 31-7-2025 08:04 AM
Edited by SalenaGomez at 31-7-2025 08:05 AM

Salahkan ex wife lawyer, tapi x nak salahkan diri sendiri ganggu ex wife… mujur ex wife lawyer, kalau surirumah, mmg teruk la dibuli kan… dlm lawyer2 tu pon x serik sampai 3 kali masuk lokap
Quote Prickford 31-7-2025 08:42 AM
Rumahtangga deyols mesti toksik sebelum cerai kan. Bini takleh buat apa2 atas dasar isteri kena hormat suami walaupon suami perangai mcm taik! Now dah jadi bekas, siap2 je la duit nak bayar itu ini kalau kena sumbat dalam lokap.
Quote prince_marhaen 31-7-2025 08:54 AM
kalau dah banyak kali kes sama, memang jenis jantan mulu puaka la ni.. mesti jenis narsis selalu verbal bullies... sekali kena dengan pompuan tahu undang2, mendapat la kau..
Quote azimodin 31-7-2025 09:00 AM
Kau stalk & meroyan kat socmed, pastu kau nak salahkan ex-wife. Nasib baik la ex wife tu bijak pandai, dia tahu jalan nak protect diri. Jantan macam ni kalau dapat ex-wife SPM pon xde silap2 dah kurus kering makan hati kau buat.
Quote bulan_gerhana 31-7-2025 09:07 AM
iols wonder la.. ade anak ke idok dgn jantan ni... sbb x mention pun -- ahh x kisah lah..

iols nak tumpang tepuk tangan je... good job !.. wahai lelaki2 yg bertaraf suami ni.. beringatlah.. jgn ingat ko buli ex wife.. dia selamannya dia.. kadang dia sabar je.. tapi kes ni buku bertemu ruas.. tunjuk sikit kat spesis ni jgn suka suki buli exwife.. katala ko gile talak sekali pun .. jgn sesuka mak nenek ko post kat mukabuku tu ketidak sempurnaan (so called) ex ko pada public.. sampai jatuh maruah org tu.. nahh sekarang maruah ko sendiri dah jatuh dek sebab tindakan ko... bape ramai pompuan yg berani ambil tindakan mcm ni.. kene lak dia tau undang2.. undang2 tu plak finger tips dia je.. dan tau plak saluran ape yg dia boleh gunakan..

pada aku exwife dia bijak.. coz maybe xde ikut meroyan cam ex husband dia.. dia kumpul semua bukti.. jadikan dia kes.. then failkan ke court.. but iols pasti mesti dia mmg betul2 tak tahan dgn peranagai ex ni.. tu yg sampai 3 kes terus kene charge ni..



Quote zehra2 31-7-2025 09:16 AM
kawin je lah lain.
Quote MarryPottet 31-7-2025 09:18 AM
Dah tau wife ko loyar yg ko gi stalk, cyber bully & ugut dia kenapa?
Mmg sengaja meminta nak kena turun naik court & dihukum ke?
Quote cikdot 31-7-2025 09:27 AM
Menarik nama Majistret..Sharda Shienha Mohd. Suleiman

tak pernah lagi jumpa gabungan nama gini. mak bukan melayu kah? atau mamak..
Quote salimrock 31-7-2025 09:29 AM
kawin wanita 5 tahun lebih tua,  , rasa cam bewok je,
Quote annehuda 31-7-2025 09:43 AM
beginila lelaki. sentiasa in denial. sendiri buat salah tapi salahkan orang lain. taknak take accountability lgsg. ayat lelaki, perempuan paling ramai di neraka ha gitu
Quote Purestteam1 31-7-2025 10:25 AM
move on jela suami pun
Quote Dejakerr 31-7-2025 10:29 AM
X ramai ex bini yg nekad bwk kes ke mahkamah.. kalo dh nekad cmni, mmg btol² x tahan dn menyusahkn
Quote awanysss 31-7-2025 10:31 AM
padan muka...
Quote kemaruk 31-7-2025 10:34 AM
Semoga bangkem tak jumpa suami macam ni
Quote naina 31-7-2025 11:10 AM
Bagus...jadi suami jangan ingat semua betol. Jangan suka2 nak rendah2kan wife. Tapi aku kalau nak maki aku maki kan Aje dalam wassap la..baru puas hati.
Quote afie_m 31-7-2025 11:15 AM
exwife dia bijak, bertindak ikut saluran betul..padan muka hang

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.074665 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top