CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempa bumi bermagnitud 4.8 gegar Australia

30-7-2025 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1377| Komen: 5

 


CANBERRA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 4.8 melanda rantau Wheatbelt, negeri Australia Barat semalam, mengakibatkan beratus-ratus kediaman bergegar sepanjang jarak beberapa ratus kilometer.

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan setakat ini.

Gempa itu berlaku sejurus selepas pukul 2 tengah malam (waktu tempatan), kira-kira 30 kilometer ke tenggara Wyalkatchem dan 200 kilometer dari  timur laut Perth.

Lebih 500 aduan gegaran diterima di Australia Barat akibat gempa tersebut. Agensi Geosains Australia mengatakan,  gempa bumi itu adalah yang terbesar melanda rantau itu sejak kebelakangan ini.

Pakar seismologi kanan Geosains Australia, Trevor Allen berkata, aduan diterima daripada orang awam yang tinggal jauh dari tempat gegaran berlaku.

“Gempa bumi ini dirasai secara meluas di seluruh barat daya Australia Barat termasuk Perth,” katanya.


Menurutnya,  ramai orang mungkin merasai gegaran itu tanpa sedar, memandangkan ia berlaku pada waktu malam.

Seorang penduduk Goomalling yang terletak kira-kira 60 kilometer ke barat pusat gempa berkata, gegaran itu mengejutkannya.

“Bunyinya seperti enjin trak dihidupkan,” katanya kepada ABC Radio Perth.

“Saya pergi memeriksa di luar untuk melihat jika ada trak yang lalu. Tetapi tiada apa-apa,” katanya kepada stesen radio tempatan.

Allen berkata,  kira-kira 130 gempa bumi telah dikesan di seluruh Wheatbelt sejak Julai tahun lepas.

“Rantau ini agak aktif sejak 12 bulan lalu,” katanya. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 30-7-2025 10:44 PM
Di Australia (Sydney) lah tempat aku experience earthquake for the first time in my life. Second time in KL.
Quote Decaffeinated 30-7-2025 11:41 PM
gigahertz replied at 30-7-2025 11:20 PM
rasa ada kaitan dengan objek menuju ke bumi tu tak ?
objek tu bergerak satu saat 300km/h

Tah lah, kalau ikut sains aku rasa macam takde kaitan. Tapi kalau ikut teori konspirasi segalanya mungkin kot.

Quote nisako 31-7-2025 07:55 AM
hmmm dunia makin tenat

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2026 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.033325 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top