CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tiada sengketa, salah faham’ – Uyaina tinggalkan Wanita Hari Ini

30-7-2025 11:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6300| Komen: 72

 


Setelah hampir satu dekad mencurahkan bakti sebagai pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Uyaina Arshad mengumumkan pengunduran dirinya daripada program bual bicara popular itu.

Menerusi satu hantaran dalam Instagram, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, memaklumkan keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai pengacara WHI merupakan atas dasar pilihan peribadi.

“Selamat tinggal WHI. Hari ini (semalam) adalah hari terakhir Uyaina mengacarakan WHI. Uyaina yang memilih untuk pergi. Tiada sengketa atau salah faham.

“WHI adalah rumah saya dan pasukan WHI adalah keluarga saya. Saya sayang program ini sama seperti sayangnya saya kepada setiap individu yang menjayakannya.

“Kalau ada yang tertanya kenapa, jawapannya cuma satu. Sudah tiba masanya,” katanya.

Menurut Uyaina, keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat, namun dia percaya keputusannya itu adalah langkah terbaik buat dirinya ketika ini.


“Bukan mudah untuk buat keputusan ini, tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk seorang Uyaina Arshad mengorak langkah menuju sesuatu yang baru.

“Kadangkala, anda hanya perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk pergi.

“Alhamdulillah, pencapaian terbesar saya adalah diberi kepercayaan tahun demi tahun untuk mengemudi sebuah program sehebat WHI selama sembilan tahun—bukan satu tempoh yang singkat. Masya-Allah, saya sangat bangga dengan pencapaian ini,” luahnya.

Dalam pada itu, Uyaina turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan serta individu yang telah banyak membimbingnya sepanjang bergelar pengacara WHI.

“Di sinilah saya belajar menjadi seorang pengacara yang baik, menyusun kata dengan tepat, menjaga sensitiviti, menghidupkan suasana, dan yang paling penting, menghiburkan serta menyampaikan ilmu sebaik mungkin kepada penonton.

“Terima kasih kerana menerima saya dan menjadikan WHI sebahagian daripada rutin harian anda,” katanya.

Hantaran tersebut turut diselitkan dengan momen terakhir Uyaina mengacarakan WHI.

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 30-7-2025 11:14 PM
punyalah non memorable sheols dekat situ sampai meols tak sedar dia dengan whi for almost 10 years
Quote sukacactus 30-7-2025 11:26 PM
Dah lamaaa betholll tak nengok WHI sejak byk sgt segmen tajaan
Tp katanya ramai penonton xgemarkan dia ni sebab suka sgt potong ckp tetamu program
So she will not be missed buat sesetengah penonton WHI
Quote NonaNaga 31-7-2025 12:12 AM
iols pun tak berapa gemor she ols...
tu lah tak tau pun dah 10 tahun she mengacara ..maybe iols pun kerja...
tapi mmg tak berapa nak minat, Uyai kalu baca jgn kecik hati ya...
Quote PULANGKAN 31-7-2025 01:03 AM
its okay Uyaina. betul lah langkah chuols tu, hampir 10 tahun di tempat yang sama, boleh dah kut improve, challenge diri di tempat yang lain

semoga berjaya chuols
Quote I.K.A888990 31-7-2025 04:09 AM
ada tawaran mengacara balik kat indon sana ke?
Quote prince_marhaen 31-7-2025 07:25 AM
10 tahun? hahahah sangat tak memorable.. pergilah sambung jadi host kat indon tu... kau kan suka jenis palatao, drama-drama, pekik2, kelam kabut, orang nak bercakap kau nak bercakap, sesuailah host rancangan tv sana..
Quote jihah_kudat 31-7-2025 07:32 AM
prince_marhaen replied at 30-7-2025 11:25 PM
10 tahun? hahahah sangat tak memorable.. pergilah sambung jadi host kat indon tu... kau kan suka jen ...

hahaah aku pun macam oh dah 10 tahun rupanya tahu je dia pengacara tapi tak memorable sebab whi ni yang aku ingat cuma fiza sabjahan dgn farhin ahmad je yang lama...ye she patut go to indo duduk diam2 kat sana sesuai la vibe beliau..jangan tibe2 nak sambung career berlakon pulak lakonan she very the membaca berita..
Quote sweetfasha 31-7-2025 07:35 AM
hahaha macam tak tahu dia pengacara WHI dah 10 tahun

itu bermakna kamu tidak akan dirindui pun.. so eloklah berhijrah and cuba bidang baru..

tapi sorry memang tak minat pun tak tahulah kenapa.. tak ada aura
Quote ainonymous 31-7-2025 08:23 AM
prince_marhaen replied at 31-7-2025 07:25 AM
10 tahun? hahahah sangat tak memorable.. pergilah sambung jadi host kat indon tu... kau kan suka jen ...

ya nok aku rimas tgk dia memekik la lepas tu terpaling loud segala mak nenek. fiza tu chill-chill je. sheols rasa sheols best kot
Quote akies 31-7-2025 08:31 AM
Dh lame tak tgk whi. Buhsan je
Quote KamikuP 31-7-2025 08:41 AM
Baguslah sheolls belah dari WHI sgt tak best mengacara. Meolls kenal dia pun sbb menang anugerah ABP kalahkan Lina Kepom.. kalau x menang whoayuss.. ekekeke

Anyhoo, yg best mengacara WHi Fiza Sabjahan yaaachh
Quote fatimahmarkonah 31-7-2025 08:46 AM
Bru tau sheol mengacara whi. Kitonyo xtgk tv
Quote prince_marhaen 31-7-2025 08:56 AM
ainonymous replied at 31-7-2025 08:23 AM
ya nok aku rimas tgk dia memekik la lepas tu terpaling loud segala mak nenek. fiza tu chill-chill  ...

ye, dia feeling dia happy go lucky, ceria, happening,...walhal fake gila.. haha
Quote tulip-rain-2 31-7-2025 09:05 AM
Aku tak tgk pun whi .
Tp kalau ada lalu video2 WHI kat tt tu ramai suka fiza dgn fatin.
Quote lasagna 31-7-2025 09:07 AM
KamikuP: Baguslah sheolls belah dari WHI sgt tak best mengacara. Meolls kenal dia pun sbb menang anugerah ABP kalahkan Lina Kepom.. kalau x menang whoayuss.. e ...


Fiza tu behave sbb sheol carried stewardess pya character, so mmg proper laa..
Quote supernaturalee 31-7-2025 09:22 AM
lasagna replied at 31-7-2025 09:07 AM
Fiza tu behave sbb sheol carried stewardess pya character, so mmg proper laa..

ade baru ni tertengok sikit sejak sekian lama
i noticed, her face looks different



Quote fattymah 31-7-2025 09:40 AM
Yesh.. dah boleh tgk aman².. rindu jaman sheols veranak.. mmg tenang whi
Quote Manusiabesa 31-7-2025 09:45 AM
Minah ni dgn lisa surirumah tu sama ja pe'el. Gigih nk cari pehatian. Lapaq attention. Ujung2 sendu ibarat pagar dawai besi je. Duduk la situ kt pinggiran tiada siapa kesssahhh.. hahaha lol
Quote babelina 31-7-2025 09:53 AM
i ols ingt i ols sorg jer x minat sgt dia nie.. ramai rupanya.. mmg xtaw dia mengacara sekian lama.. hahaha

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054236 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top