CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Gembira 95 peratus RMK13 adalah apa yang saya bangunkan’ - Rafizi Ramli

31-7-2025 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1506| Komen: 9

 


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menzahirkan rasa gembira apabila 95 peratus Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) adalah apa yang dibangunkannya dari sepanjang proses berjalan sehingga beliau meletak jawatan.

Bekas Menteri Ekonomi itu turut hadir dalam pembentangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata segala reformasi besar yang melibatkan perubahan sistem pendidikan, struktur ekonomi, tumpuan kepada perkara-perkara baru seperti agenda negara menua dan membangunkan sektor ketiga, semuanya dikekalkan.

“Disamping itu, rekayasa ekonomi yang telah dimulakan sebelum ini dari NETR, KL20, JSSEZ, ‘Made by Malaysia’, beralih ke ekonomi berasaskan ‘consumption powerhouse’, CCUS dan yang telah dibangunkan dan belum diumumkan seperti Zon Pelaburan Pelancongan Khas (STIZ) juga semuanya ada.


“Begitu juga beberapa hasil kerja kami di Kementerian Ekonomi yang banyak tentangan sebelum ini, termasuklah pelaksanaan ‘anti red tape act’ (ILTIZAM) dan akta mengharamkan amalan Ali Baba, semuanya dikekalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, dirinya akan menelaah setiap muka surat terlebih dahulu sebelum mengulas satu persatu dalam tempoh seminggu akan datang.

Beliau dijangka membahaskan RMK13 antara Isnin atau Selasa depan, selain dijadualkan mengupas lanjut dokumen berkenaan bersama Dr Muhammad Khalid menerusi platform audio siar YBM, pada 8 Ogos ini.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga Kementerian Ekonomi yang bertungkus-lumus menyediakan dokumen ini sejak November 2022.

Beliau juga berkata tugas mereka lebih mencabar akibat ura-ura rombakan yang perlu dibuat di saat akhir.

“Alhamdulillah, akhirnya ura-ura itu hanya reaksi politik sahaja, bermakna kepimpinan Kementerian Ekonomi berjaya mempertahankan supaya perancangan jangka masa panjang negara jangan dicampur aduk dengan hiruk-pikuk politik.

“Habis satu tugas, kita semua ada tugas yang baru iaitu memastikan perancangan ini dilaksanakan dengan cekap, sesiapa pun menjadi kerajaan. Doa saya rakyat jua yang akan mendapat manfaat di masa akan datang,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 31-7-2025 05:41 PM
Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang menyediakan Agenda Negara Menua yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang memandangkan Malaysia menuju negara menua menjelang 2030 dan negara tua menjelang 2044.


malaysia pun ada masalah negara menua rupanya... ingatkan jepun dan china sahaja dah ketara... kikiki
Quote plywood 31-7-2025 05:43 PM
sektor ketiga itu ialah...

Membangunkan sektor ketiga merujuk kepada usaha untuk memperkasakan sektor perkhidmatan, termasuk perniagaan sosial, perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), serta koperasi. Sektor ini penting untuk pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara, menyumbang kepada KDNK, peluang pekerjaan, dan penyediaan perkhidmatan kepada masyarakat.
Quote plywood 31-7-2025 05:44 PM
kenapa sektor ketiga ini dikatakan tumpuan baru... dulu tak peduli langsungka pasal ni..
Quote kemaruk 31-7-2025 09:59 PM
Lapar validation
Quote tungkai 31-7-2025 10:04 PM
Gigih nak bg tau idea dia. Mcm la 100% dia yg buat..Prffff..
Quote krustykrab 31-7-2025 10:25 PM
kemaruk replied at 31-7-2025 09:59 PM
Lapar validation

Setuju dgn hang

Gila publisiti
Quote terma2nkondisi2 1-8-2025 12:46 AM
Rafizi: Globalist approach in 13MP key to overcoming middle-income trap through innovation and cooperation

Rafizi gembira 95 peratus rangka RMK13 kekal

aku nampak komen2 yg dtg dari kalangan walanon mmg memuji2 perdana menteri pasal rmk13 ni

tapi dlm masa yg sama, nampak mcm rafizi ramli awal2 lagi dah claim dah yg hampir 100% rmk13 yg dirancang dan dikerangkakan melalui globalist approach adalah hasil drpd kepimpinan dia masa jadi menteri ekonomi dulu.. kiranya, yg walanon2 puji tu adalah kebijaksanaan dia sebenarnya

katakanlah nanti timbul apa2 isu atau masalah masa pelaksanaan rmk ni nanti.. rafizi sbg salah seorg politikus utama dlm dunia politik negara, boelh mainkan naratif politik yang mana dia boleh claim dia dah buat perancangan cukup cantik dah masa jadi menteri ekonomi dulu, kalau masalah timbul masa pelaksanaan maka itu adalah disebabkan kelemahan kepimpinan menteri2 kemudiannya

kalau pelaksanaan baik dan lancar, rafizi boleh claim yg ianya adalah disebabkan hasil perancangan cantik masa kementerian ekonomi bawah dia dulu

rakyat dah boleh baca dah permainan politik oleh politikus2 ni
Quote Purestteam1 1-8-2025 02:02 AM
muka kena yakin...
Quote Tinot7 1-8-2025 04:02 AM
Sembang voley la..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2026 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.032597 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top