|
Hati selebriti popular Bella Astillah ibaratnya hancur berderai sebaik diberitakan tentang tragedi berlaku di Sabah melibatkan kematian seorang pelajar, Allahyarham Zara Qairina yang didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah. Malah, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, menegaskan pihak terlibat sepatutnya tampil untuk bertanggungjawab atas insiden yang membawa kepada pemergian pelajar berusia 13 tahun itu. “Adik Zara Qairina, 13 tahun, anak Sabah, perginya dalam keadaan penuh tanda tanya. Dikatakan dibuli, disakiti tapi sampai hari ini belum ada siapa yang tampil bertanggungjawab. “Tepuk dada, tanya selera. Kalau ini berlaku pada anak kita sendiri, sanggupkah kita berdiam? Sebagai seorang ibu dan juga orang Sabah, hati saya hancur. “Bayangkan, anak kecil jauh daripada keluarga, menghadapi semuanya seorang diri. Kenapa sampai begini baru kita mula buka mata? Takkan kita nak biarkan saja apatah lagi melibatkan nyawa!
“Siapakah orang yang sepatutnya bertanggungjawab memantau mereka di asrama tempat ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan mereka di sana. Allahu, di mana letaknya perikemanusiaan kalian semua,” katanya dalam hantaran Instagram. Dalam pada itu, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu turut menyeru masyarakat agar tidak memandang ringan isu buli selain memberi perhatian lebih terhadap kesihatan mental serta keselamatan pelajar yang berjauhan daripada keluarga. “Seorang anak kecil, pada usia muda begitu, terpaksa menanggung penderitaan yang tak sepatutnya. Buli bukan hal remeh. “Jangan kita diam, atau tunggu ada lagi Zara yang lain. Tolonglah pantau anak-anak kita. “Dengarkan, didik mereka supaya jadi manusia yang ada empati dan bukan (jadi) yang kejam,” katanya lagi. Tidak akan berdiam diri, ibu kepada dua orang anak itu akan terus memperjuangkan hak Zara Qairina dan mendoakan agar keadilan berpihak kepada arwah Zara. “Zara bukan sekadar nama dalam berita, dia adalah anak kita juga. Kita gagal bila anak-anak terbiar dalam sistem yang membuatkan hati dan menutup kebenaran. “Saya doakan keadilan yang akan datang. Saya akan terus bersuara untuk Zara. Semoga Allah SWT tempatkan adik Zara di syurga tertinggi,” ujarnya. Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Papar, Sabah yang dipercayai menjadi mangsa buli meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
black_handbag replied at 31-7-2025 10:12 PM
gitu ikon ibu tunggal tiba2 bersuara. sebelum ni isu dera isu anak kena buli ni biasa acik ritrud je ...

pocongkiutss replied at 1-8-2025 09:04 AM
Perlu ke buat thread baru
fadz84 replied at 1-8-2025 02:28 PM
Menipu sgt muka bellasetilah kt atas tu.. terover edit..

likilu replied at 31-7-2025 10:13 PM
Kalau takde hidden hands takdela beria media up berita ni atas nama dia serupa queen jagong dah ha
Hunny_hayati replied at 31-7-2025 11:50 PM
Influencer sabahan yg lain tak bersuara katanya...kecuali ada sorang 2 jer...
Binodino: Sebab waibi up kes buli dalam ...
miss_perfect replied at 1-8-2025 06:51 PM
Muka bila filter terus cun macam watak manga/webtoon.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.056364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.