CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RMK13: Sektor kesihatan terima peruntukan RM40 bilion

31-7-2025 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1092| Komen: 1



KUALA LUMPUR – Sektor kesihatan akan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat atau ‘out of pocket expenses’ untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Skim Perubatan Madani juga antara ikhtiar penting kerajaan untuk memastikan akses penjagaan kesihatan yang lebih meluas, terangkum, berkualiti dan mampu dibayar untuk rakyat.

“Selain itu cukai pro-kesihatan akan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol, bukan sekadar untuk hasil, tetapi bagi mendorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan NCD yang kian membimbangkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik kerajaan termasuk yang daif akan dilaksanakan.


Ujarnya rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan juga akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia.

“Ikhtiar ini merangkumi latihan pra-perkhidmatan, pelesenan dan pendaftaran, pengambilan, penempatan, serta pembangunan kerjaya bagi memastikan pengekalan bakat dalam sektor kesihatan.

“Pengurusan rekod kesihatan akan diperkukuh sebagai teras pendigitalan sistem kesihatan. Usaha ini akan memantapkan keupayaan saling kebolehkendalian merentas fasiliti kesihatan.

“Ini akan menyumbang kepada penjanaan analitik kesihatan berimpak tinggi yang diperkasa dengan AI sebagai usaha mempertingkat kualiti penjagaan kesihatan rakyat,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 31-7-2025 08:40 PM
Actually aii suka jaa p klinik kesihatan, klinik gigi,spital kerajaan sbb doc check lebih details cuma tu laa waiting time tu laaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt..xsanggup..tu ja..tp aii sentiasa dapat service yg bagus dari doc & nes..tetap lemah lembut bercakap xdak stress w/pun raaaamaaaai patient menunggu dekat luar. Diorang xrushing mcm doc private bg consultation

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050214 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top