|
PHNOM PENH – Sebuah video tular di media sosial memaparkan aksi sebilangan pawang Kemboja melakukan ritual yang menyasarkan komando tentera Thailand ketika pertempuran antara kedua-dua negara berterusan minggu lalu, lapor akhbar Bangkok Post semalam. Dalam video tersebut, kumpulan pawang itu melakukan ritual di hadapan gambar Komander Wilayah Tentera Kedua Thailand, Leftenan Jeneral Boonsin Padklang. Mereka melakukan ritual sambil menyeru kematian ke atas Boonsin. Kumpulan itu kemudian secara bergilir-gilir melakukan pelbagai perkara simbolik kematian termasuk membakar gambar Boonsin. Sementara itu, jeneral tersebut dalam satu kenyataan Isnin lalu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa dia masih hidup selepas terdapat laporan yang menyebut tentang kematiannya. Boonsin berkata, laporan itu adalah berita palsu, malah beliau memberitahu bahawa dirinya sihat dan kuat, serta berada di barisan hadapan pertempuran. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE |

Akalditipumata replied at 1-8-2025 02:00 AM
Weii wujud ye.. Aku pnh terffikir benda ni.. xde ke bomoh2 handal yg blh sante je israyeeelll..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-4-2026 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.059922 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.