|
JAKARTA – Seorang wanita di Karawang, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana berkenalan dengan suaminya dengan cara menghantar resume, lapor portal berita Wolipop semalam. Berdasarkan sebuah hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, wanita bernama Intan Permatasari, 29, berkongsikan detik awal dia berkenalan dengan suaminya, Azis Hakim, 30. Dalam satu tangkap layar perbualan komen di laman Instagram taaruf.co.id, wanita itu mula ‘melamar’ suaminya dengan cara menghantar resume melalui e-mail. Taaruf merupakan laman mencari jodoh yang patuh syariah. Dalam perbualan tersebut, Intan memberitahu Azis bahawa dia sudah menghantar e-mail yang mengandungi resume mengenai dirinya. Azis kemudian membalas dengan berkongsikan latar belakang dirinya. Intan berkata, mereka kemudian melanjutkan proses perkenalan dengan komunikasi yang lebih serius ke arah mendirikan rumah tangga.
Tambahnya, selepas menerima restu ibu bapa, kedua-dua mereka berkahwin pada 4 Disember 2022. Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial. “Percintaan orang yang tulus hatinya,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |

Decaffeinated replied at 2-8-2025 11:03 AM
Macam mana perempuan terpikat dengan lelaki eh, dari mata turun ke hati juga ka? I thot that's for m ...

Nurul8001 replied at 2-8-2025 01:22 PM
Ye.Bila tengok rasa berdebar gittew.
Saya tertarik sebab physical.
20 tahun dulu la cerita ni.
annehuda replied at 1-8-2025 10:14 PM
ntahle aku kenal beberapa orang lelaki yg mmg mengaku wife diorg yg pursue diorg. ada sorg ni siap n ...
Dwdrum replied at 2-8-2025 02:19 PM
Ini offer diri jadi babu....
Decaffeinated replied at 2-8-2025 01:38 PM
ada rasa nak terkam tak? atau berharap terkam lah aku
annehuda replied at 2-8-2025 02:28 PM
wallahualam... tapi bagi aku beza kot antara suami orang yg kawen dgn pilihan dia dgn suami org yg ...
Nurul8001 replied at 2-8-2025 03:14 PM
Perempuan adalah manusia.
Berhak untuk rasa bahagia.
Ada yg suka dipilih.
annehuda replied at 2-8-2025 03:22 PM
tu POV you. ni POV i dari berkawan dgn lelaki yg dipilih oleh isteri masing-masing ni. but from wh ...
annehuda replied at 1-8-2025 10:28 PM
wallahualam... tapi bagi aku beza kot antara suami orang yg kawen dgn pilihan dia dgn suami org yg ...
Nurul8001 replied at 2-8-2025 03:32 PM
Baik.
Nak tambah sikit lagi, boleh.
Setakat ni, kawan2 suami kenal saya.
ADVERTISEMENT