CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas 6 tahun berkongsi hidup, Isteri Faisal Halim tuntut cerai?

2-9-2025 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7293| Komen: 38

 


KUALA LUMPUR: Benarkah isteri Faisal Halim, Nur Syazwani Mizuana Shahril memfailkan permohonan cerai?

Persoalan itu timbul selepas terdapatnya sebutan kes di papan info Mahkamah Rendah Syariah Klang terteranya nama Faisal dan isterinya hari ini.

Berdasarkan maklumat di papan info itu, kes kedua-duanya disebut pada jam 2.30 petang hari ini di mahkamah terbabit.

Berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, pemain Selangor FC itu berada di mahkamah petang tadi.

Faisal yang kini menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya, difahamkan meminta kebenaran Ketua Jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski bagi menghadiri sebutan kes itu.

Sementara itu, semakan di platform Instagram Faisal menyaksikan gambar Syazwani sudah dipadam.

Tindakan Faisal memadamkan gambar dengan isterinya turut menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat di ruangan komen Instagram Faisal.


"Mana 'wife'," tulis Missismiilmi dan, "sesuatu", kata lopmeiertuck.

Bagaimanapun, sehingga kini Faisal masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit.

Difahamkan, kedua-dua pasangan itu berkahwin pada 9 Mac 2019 lalu dan hasil perkahwinan selama enam tahun itu dikurniakan seorang anak lelaki.

Pada 5 Mei tahun lalu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Seterusnya pada 25 Mei, Selangor FC menerusi kenyataan mengesahkan pemain sayapnya itu dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di sini selepas menjalani empat pembedahan susulan insiden berkenaan.

Ketika ini, Faisal bersama skuad negara sedang membuat persiapan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura Khamis ini dan Palestin, Isnin depan.


Sumber: BH
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 2-9-2025 05:34 PM
Minta cerai, diceraikan atau sama2 serentak eh jom cerai? Takziah.
Quote j3m4h 2-9-2025 05:34 PM
IMG_2025.jpeg
Quote L.U.S.M 2-9-2025 05:36 PM
Edited by L.U.S.M at 2-9-2025 05:56 PM

Dh huduh or tua pastu job xde mmg syg pun melayang la
(Realiti kehidupan-takziah)
Quote babynina30 2-9-2025 05:38 PM
Apa ig wife heols ? Nk tgk jua
Quote supernaturalee 2-9-2025 05:42 PM
L.U.S.M replied at 2-9-2025 05:36 PM
Dh huduh pastu job xde mmg syg pun melayang la
(Realiti kehidupan-takziah)

kan masih dgn harimau malaya

dah main balik pun

sbb parut ke

tah ke ada plot twist


Quote TomyamPuteh 2-9-2025 05:45 PM
Bkn Kali pertama diceraikan.Sape yg bendera merah nih?
Quote Purplehaz 2-9-2025 05:48 PM
Nape la nak diceraikan pulak, elok jer bini tu , muka boleh thn, ada  zuriat lelaki lg, dgr cite sanggup la berkorban syg sgt kat lakinya.
Quote Nham22 2-9-2025 05:52 PM
Paham2x ajelaaa pemain bola sepak ni... Klu betol2x main ok... Berkat rezeki.. Tp klu main semata deal dgn joki2x ni mmg x berkatla rezeki tu bg anak isteri makan... Inila yg byk ade kat bola sepak malaysia ni
Quote L.U.S.M 2-9-2025 05:57 PM
supernaturalee replied at 2-9-2025 05:42 PM
kan masih dgn harimau malaya

dah main balik pun

Sorry aku ulas general je..hehe
Quote alesandra 2-9-2025 06:05 PM
Org sakit selalunya insecure kan.tambah kalo bini pun lawa.so mcm nak percaya la dia penah diceraikan?
Quote sarah_ary2 2-9-2025 06:10 PM
j3m4h replied at 2-9-2025 05:34 PM

Aiols confuse baca statement ni sebab yg femes Faizal tue to ni statement isteri dia ke ????????
Quote lanacondor 2-9-2025 06:49 PM
Dorg 2 je yg tau apa jadi dlm rumah tangga mereka.. Semoga yg baik2lah buat keduanya..Aamiin..

Harap jgn gaduh lah bab penjagaan anak. Sama2 tolak ansur.
Quote Perils 2-9-2025 06:55 PM
Kenapa la agknya ek
Quote Decaffeinated 2-9-2025 07:03 PM
L.U.S.M replied at 2-9-2025 05:36 PM
Dh huduh or tua pastu job xde mmg syg pun melayang la
(Realiti kehidupan-takziah)

Ini Faisal Halim winger Selangor. Ko confuse dengan Faizal Hussein kot.

Quote Decaffeinated 2-9-2025 07:05 PM
alesandra replied at 2-9-2025 06:05 PM
Org sakit selalunya insecure kan.tambah kalo bini pun lawa.so mcm nak percaya la dia penah diceraika ...

Dia sakit apa? Aku tengok laju ja lari siap call up lagi.

Quote fattymah 2-9-2025 07:34 PM
Masalah jaga org sakit... mmg sakit hati
Quote _blackbird 2-9-2025 07:40 PM
Edited by _blackbird at 2-9-2025 07:41 PM

Kalau dah tak bahagia apo masalah nya serai. Kenapa culture melayu suka menahan2, pikir anak la, aib la, mulut org lah. Happiness from within, kalau parent tak happy hidup anak pon tak happy, toxic juga. Hidup ni sekali. Seumur hidup terlalu panjang untuk menderita.
Quote alesandra 2-9-2025 07:53 PM
Decaffeinated replied at 2-9-2025 07:05 PM
Dia sakit apa? Aku tengok laju ja lari siap call up lagi.

Halahhhh ko ni.. masa memula dia kena simbah tulaa.mungkin dlm  tempoh dia terima rawatan tu la trigger perasaan yg bukan2 sampai dia jatuh talak?
Quote Suchi 2-9-2025 08:18 PM
Cam biasa bila kuar berita bini failkan penceraian penuh komen salahkan bini tu konon tinggalkan suami sebab dah meskin la dah uduh laa
Mcm la duk dlm hubungan dorang tu.
Masa laki dia kena simbah asid tu dia mesti tak leh tidur lena silap aribulan dia pun kena sekali.

Pehtu bila dia update kat igs jelaskan keadaan sebenar
Kena kecam juga katanya simpan jela sendiri cerita tu nanti cite kat yang arif jer

Amboi2 kalau dia diam je pah ke ceroh netizen terutama yg lelaki duk kecam dia gitu gini
Dah dia bitau kena kecam gak
Amenda laaa nih la nasib perempuan bila failkan penceraian dituduh mcm2 gitu gini
Tapi kalau laki tu yg ceraikan tanpa berbincang kena tuduh tu laa tak bagus dah kena cerai ngn lelaki.
Serba tak kena jelaa ehhh baik korang suh dia terjun bangunan jelaa gitu.
Dasar pembuli!

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.091439 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top