CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tetap Akan Lindungi Bekas Isteri Sampai Hujung Nyawa” - Fazley Yaakob

2-9-2025 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2460| Komen: 15

 


Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkata dia akan melindungi bekas isterinya apabila ditanya mengenai dakwaan Azrene Soraya Abdul Aziz yang tidak lagi berhijab selepas berpisah.

Memetik HibGlam, Fazley berkata tindakan bekas isterinya membuka tudung tidak seharusnya menjadi bahan kecaman serta meminta orang ramai tidak menilai seseorang itu berdasarkan pemakaian hijab.


“Bila dia membuat keputusan untuk buka tudung, itu sesuatu yang orang baru nampak. Tetapi sebenarnya, sejak dari awal perkahwinan, dia memang begitu.

“Jadi, bagi saya, kita tidak boleh menilai buruk atau baik seseorang hanya kerana tudung di kepala. Bertudung atau tidak, itu pilihan peribadi,” katanya.

Sementara itu, Fazley berkata tidak sepatutnya seseorang itu dipandang serong hanya kerana tidak menutup aurat dan dia akan memberi sokongan tentang apa saja pilihan bekas isterinya.

“Bertudung itu adalah kelebihan masing-masing dan saya tetap menyokong apa sahaja yang Azrene pilih. Bersangka baik itu indah, tetapi jangan sampai kita letakkan syarat bahawa orang tidak bertudung berniat buruk.

“Ramai wanita bertudung di rumah tetap berpakaian seksi untuk suami, begitu juga sebaliknya. Jadi jangan mudah menghukum,” katanya.

Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006 namun bercerai pada Oktober 2024. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8.

Sumber: HibGam, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 3-9-2025 01:35 AM
Yelah tu

Cerita la lebih sikit
Quote BoongaKertas 3-9-2025 09:34 AM
oh she dah free hair? bukan mmg bertudung even before kawen dulu gak eh?
Quote blakcswan 3-9-2025 11:45 AM
tudung dia dlu pun bknnya tutup semua.tudung ikat belkang nmpak leher..yelahh nk jd diri sendiri, b4 kawin mmg freehair kann.  so dah cerai buka lah balik.
Quote Cpkay 3-9-2025 12:06 PM
makin lawa ex wife dia ni .. dan makin iras muka mak dia sebelum operate..
Quote TomyamPuteh 3-9-2025 12:31 PM
Ko ajet2 Chep Wan ke nyah?
Quote asfaz 3-9-2025 12:38 PM
Makin cantik lepas cerai dgn siterkemut-kemut ni. Dlu kepam. Kalau dia bertudung balik pun ,mesti cantik jugak.
Quote prince_marhaen 3-9-2025 02:21 PM
sister-cover-sisters gittewwww......hahahahaha.. tetap nak mencapub, nak nampakkan diri baik... narsis sangat ponen contact lens kelabu ni..
Quote GummyBear123 3-9-2025 02:52 PM
Ingatkan Mawar GST tadi, terpikir kenapa rupa lain sangat, rupa-rupanya tersalah adik beradik
Quote HappyGumbira 4-9-2025 12:57 PM
Azrene ni kalau tengok kepala je, mesti orang ingat kurus
Quote anony-mous 4-9-2025 01:39 PM
asfaz replied at 3-9-2025 12:38 PM
Makin cantik lepas cerai dgn siterkemut-kemut ni. Dlu kepam. Kalau dia bertudung balik pun ,mesti ca ...

Senyuman dia now glowing. Nmpk mcm mix plak gmbar free hair dia
Quote shernazz 4-9-2025 02:06 PM
Pasal tudung tu..iols tak mau komen lah..
Elok pakai lah kan..wajib tu .
Dia masih koje dgn dr imelda ke
Quote Udangpetai 4-9-2025 03:09 PM
Aik.. tiberrr
Quote honeystar_11 4-9-2025 03:47 PM
Cantik je mcm tinros muda2 sblm renovate mcm2
Quote nutcrack8 4-9-2025 08:54 PM
Psal muke die mcm nabila kakak lofa?
Quote MissYouSayang 4-9-2025 09:32 PM
X sesuai kaler rambut tu dgn sheols

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2026 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.091555 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top