CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eyra Hazali Ajar Anak Tutup Mata Masuk Tandas Wanita, Elak Pengguna Rasa Tak Selesa

2-9-2025 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1021| Komen: 13

 


Pelakon Eyra Hazali berkata dia terpaksa membawa ketiga-tiga anak lelakinya ketika menggunakan tandas awam apatah lagi situasi perkahwinan jarak jauh (PJJ) bersama suami.

Menerusi perkongsian di Threads, Eyra memahami ada yang kurang selesa melihat kanak-kanak lelaki memasuki tandas awam wanita.

Bagaimanapun, Eyra berkata dia mengajar anak-anaknya untuk menutup mata jika terpaksa membawa anak-anak masuk ke tandas awam wanita.

 

“Saya ada tiga anak lelaki dan PJJ dengan suami. Nak tak nak kalau keluar pergi pusat beli-belah atau mana-mana tanpa suami, memang kena bawa mereka ke tandas sekali.


“Eyra dah ajar, masuk tandas wanita, mereka kena tutup mata atau menghadap peluk saya sambil tutup mata sebab saya tahu ada yang tak selesa walaupun mereka masih kecil,” katanya.

Sementara itu, Eyra berkata dia lebih memilih untuk ke pusat beli belah yang ada kemudahan tandas buat kanak-kanak serta memahami situasi orang lain.

“Selalunya saya akan pergi ke pusat beli-belah yang ada tandas kanak-kanak. Kadang-kadang kita kena faham sisi orang lain juga ya para ibu,” katanya.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qalish, Muhammad Hedra Haqimie, dan Muhammad Hud Ezqandar.

Sumber: Rotikaya

 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 3-9-2025 09:07 AM
kalau beso gini ok jahhh, lainlah kalau dah darjah 4,5 or 6 ke atas comel sungguh anak anak dia
Quote AWEKSAMURAI 3-9-2025 09:45 AM
sarah_ary2 replied at 3-9-2025 09:07 AM
kalau beso gini ok jahhh, lainlah kalau dah darjah 4,5 or 6 ke atas  comel sungguh anak anak dia

Aku mmg suka layan ank2 dia comel amat ..pandai plak tu ..aku rengsa btul tgok budak-budak kalau over perangai mcm org besar ... Like ank che ta n anak bellah setillah .. mengekor je org besar lepas dia mcm bertujggu tangga org tua2 bercakap lepas menyampuk..kalau arwah mak aku dlu mmg balik kena penabuh dh
Quote sarah_ary2 3-9-2025 03:32 PM
AWEKSAMURAI replied at 3-9-2025 09:45 AM
Aku mmg suka layan ank2 dia comel amat ..pandai plak tu ..aku rengsa btul tgok budak-budak kalau o ...

Aiols pun suka budak budak yg mcm budak budak lain main berlari bukan nak melawa mekap selalu, ssbab nanti bila dah besar akan merindui zaman kanak kanak, dulu lg best sebab hp takde nak tak nak kene reka game sendiri main dgn cousin berangan mengembara kat sekeliling rumah nenek rindu gila zaman kanak kanak dulu
Quote AWEKSAMURAI 3-9-2025 04:32 PM
sarah_ary2 replied at 3-9-2025 03:32 PM
Aiols pun suka budak budak yg mcm budak budak lain main berlari bukan nak melawa mekap selalu, ssb ...

Best kan zaman kita xde hp dlu... Sukan bermusim ..time main badminton memana rumah main badminton ptg2..time main congkak sume main congkak..time musim layang2 pakat buat layang-layang..time gasing .. main gasing.
Quote Dejakerr 3-9-2025 04:42 PM
Comelnya anak² dia.. kecik² plak lg tuh.. mmg normal je bg ai kalo masuk toilet brjemaah brsama omaknya... sape nk tanggung kalo jd apa²...
Quote Dejakerr 3-9-2025 04:47 PM
sarah_ary2 replied at 3-9-2025 03:32 PM
Aiols pun suka budak budak yg mcm budak budak lain main berlari bukan nak melawa mekap selalu, ssb ...

Zmn dulu² bebas merayau kan sbb bole dikatakan mcm xdela org gila yg nk buat jahat kt bbdk.. zmn la ni, bg main² dlm pagar sndiri pn x brp nk selamat rasanya...
Quote heythere123 3-9-2025 05:08 PM
harap suami dia tak buat perangai yach, susah payah sheols besarkan anak dengan suami pjj.
Quote evlinne 4-9-2025 03:27 AM
Comel2 ya anak2 dia semuaaa
Pandai dia jaga anak
Sejak kawen baguslah laki dia tak bagi berlakon dah, duit kepuk2
Quote dua_chzy 4-9-2025 09:32 AM
Comel2 semua termasuk mak.
Quote dua_chzy 4-9-2025 09:34 AM
Rasanya she respon ni ada kaitan dengan acik Threader yang kutuk mak2 bawa anak lelaki masuk tandas pompuan tu.
Quote fattymah 4-9-2025 09:35 AM
Ai tot boleh masuk tandas oku kalau bawak budak lelaki
Quote ctnorpropa 4-9-2025 09:38 AM
dua_chzy replied at 4-9-2025 09:34 AM
Rasanya she respon ni ada kaitan dengan acik Threader yang kutuk mak2 bawa anak lelaki masuk tandas  ...

Aah betul tu uols
Quote chiyoasuka 22-9-2025 01:27 PM
Good job eyra.. anak2 dia comel2 yer

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.087307 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top