CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bung Moktar Tak Tahu RM2.8 Juta Masuk Akaun Zizi Izette

2-9-2025 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3019| Komen: 37

 


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan di Mahkamah Sesyen hari ini beliau tidak pernah menerima rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Berhad kira-kira 10 tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, Bung menyatakan tiada rakaman video, gambar atau perbualan direkodkan berhubung dakwaan penerimaan wang daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad.


“Saya tidak menerima wang itu secara langsung atau tidak langsung, malah tiada bukti menunjukkan aliran wang kepada saya. Tidak ada bukti,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah beliau mengetahui secara pasti isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad telah menerima wang RM2.8 juta daripada dua ejen itu, Bung Moktar menjawab: “Saya tidak tahu.”

Ditanya sama ada beliau telah mengarahkan atau meminta Zizie Izette menerima wang tersebut bagi pihaknya, Bung berkata dia tidak pernah berbuat demikian serta tidak tahu mengenai perkara itu.



“Tidak pernah, kerana saya langsung tidak tahu mengenai perkara itu.” katanya.

Tambah Bung lagi, tiada mana-mana pihak memaklumkan kepadanya mengenai isu tersebut sehinggalah beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar tahun 2016 atau 2017.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.


Sumber: Sinar Harian, Rotikaya

 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-9-2025 11:44 PM
Kalau bung pakyu mati nanti? Hagaknya harta bahagi sama rata antara madu2/anak2 madu2 or how?
Quote sleepandream 2-9-2025 11:46 PM
ni lah sebab org nak masuk politik... dpt jawatan best2 felcra la felda la malaysia airlines la pos malaysia la khazanah la ujong2 rugi sbb menyakau pastu mintak kerajaan bail out... sialan...
Quote dua_chzy 2-9-2025 11:50 PM
sleepandream replied at 2-9-2025 03:46 PM
ni lah sebab org nak masuk politik... dpt jawatan best2 felcra la felda la malaysia airlines la pos  ...

Kalau kat Ndon, ni la sebab retis2 ramai masuk politik join de pe ar.
Quote per706 3-9-2025 12:20 AM
Haah percaya,mmg tgok muka pon tau bung lurus orgnya.

Mmg sungguh ni dia x tau.x baek tauuu tuduh2 dia.cuba tgok Sabah tu,serba lengkap.jalan raya elok berturap.serba membangun.mmg jujur la.

Mesti dok aseng2 dgn zizie kan,x tau menau.xpe2..
Pakdemm kan bung
Quote L.U.S.M 3-9-2025 12:24 AM
Kesian eh...mak dia mcm xngam dgn menantu tuwe sorg ni..duk sambut birthday pon dh mcm pakcik tuwe mana ntah..mujur berduit klu x lg xde sapa pandang

Btw laki keje bini xkeje tup2 bini kaya ko xsuspek apa2..hahaha lawak lawak..
Quote Zaien 3-9-2025 12:33 AM
wah wah... dh mnyedap kaya raya mewahhh.. dan2 la x taw duit masuk account hahahahaah
Quote ezacbee 3-9-2025 04:56 AM
Bagus ek tiberrr je duit masuk..
Quote fadz84 3-9-2025 05:39 AM
Pastu ejen public mutual tu dok main tuju random acc number ke? Untunglah masuk ke acc bini.. hehe
Quote lolipopmanish 3-9-2025 06:51 AM
Giler banyak 2,8 juta

Quote makcun14 3-9-2025 07:00 AM
eh penyangak ni, ingat rakyat bodoh lembam ke??
nak menipu pun agak agaklah. Orang laki kalau kita over budget holiday lebih sikit pun mesti dia perasan.
Ni kan pulak juta juta. puh leaseeeee
Quote scarflicious 3-9-2025 07:01 AM
so, adakah Bung mahu melepaskan diri dan biarkaan nino montok dia ni sorang ug kena hukum?
Quote Shayang 3-9-2025 07:27 AM
Edited by Shayang at 3-9-2025 07:30 AM

Tudung kuning tu bini tua bung ke?
Elok plak ehh beraya sekali
Bini tua pun elok menjaga aurat tudung bawal bidang besor labuh tutup dada siap pakai handsock
Gaya pun sederhana jer
Aku tak penah tgk igtkan jenis datin2 vogeh rambut karat.
Quote sukacactus 3-9-2025 07:39 AM
Ayat klasik penipu, apa2 jwb je xtau
Berap ramai dah masuk court pakai jawapan yg sama
Quote nisako 3-9-2025 08:12 AM
ye la semua x tahu
Quote cm_vungtau 3-9-2025 08:54 AM
Eh kalau tak tahu maksudnya dia nak cakap bini dia yang songlap ke acaner? I smell divorce in the near future. Agittew spekuan
Quote zeetot 3-9-2025 08:59 AM
semua YB Kawasan kat Sabah ni menjawab la kat akhirat nanti. dengar cerita si kumpulan zero tu mmg daif
Quote laksmanabentan 3-9-2025 09:03 AM
sleepandream replied at 2-9-2025 11:46 PM
ni lah sebab org nak masuk politik... dpt jawatan best2 felcra la felda la malaysia airlines la pos  ...

setuju sesangat nih
sama mcm company farmasi yang dekat bukit raja tu ler
ex-MD da cekau siap2, declare bonus kaw2, dapat pulak share segala
lps tu company hampir2 bangkrup
ex-MD pulak dapat lagi jawatan CEO pulak, jahanammmm
Quote sangbara2020 3-9-2025 11:26 AM
kot terbank in seposen dua posen mgkin x perasan..alasan punnnnnn
Quote Prickford 3-9-2025 11:38 AM
Bini tu jgn2 keje mengipas orang atasan. Tup2 dapat duit juta2. Malu la aih keje tak seberapa, tapi rembat duit je.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2026 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044564 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top